Daging Masak Merah ala Thai

Daging Masak Merah ala Thai
Daging Masak Merah ala Thai

Daging Masak Merah Ala Thai

  • Masa Penyediaan: 15 minit,
  • Masa Memasak: 15 minit
  • Jumlah Hidangan: 4 orang

Che Nom nak kongsi satu lagi resepi yg mendapat permintaan ramai iaitu resepi Daging Masak Merah Ala Thai yang lebih kurang macam kat kedai tomyam tu. Caranya mudah dan ringkas. Dagingnya direbus hingga masak empuk dan lembut, dihiris nipis dan kemudian digoreng garing. Letak sedikit pewarna merah supaya rupanya sama seperti yang dihidangkan di restoran Thai.

Kemudian kita masak bersama bahan-bahan lain supaya menghasilkan kuah merah yang pekat, pedas dan sangat sedap.

Bahan-bahan:

  • 1/2 kilo daging lembu
  • air secukupnya
  • sedikit pewarna merah
  • minyak secukupnya
  • 1 mangkuk minyak
  • 3 ulas bawang putih, cincang kasar
  • 1 sudu besar cili kisar
  • 3 sudu besar sos cili
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1/2 batang karot, hiris nipis
  • 7-8 biji cili padi, belah 2
  • 2 sudu besar sos ikan
  • 1/2 mangkuk air rebusan daging
  • 1 biji tomato, belah 6
  • 1/2 biji bawang holland, hiris membulat
  • 3-4 helai daun limau purut

Cara Penyediaan:

  1. Potong daging kepada 2 ketulan besar. Rebus di dalam periuk bersama air dan sedikit pewarna merah sehingga daging lembut. Setelah lembut, angkat dan sejukkan. Hiris nipis daging ikut arah lawan urat.
  2. Panaskan minyak. Goreng hirisan daging sehingga garing sedikit, angkat dan ketepikan.
  3. Keluarkan sedikit minyak. Tumis bawang putih sehingga kekuningan. Masukkan cili kisar dan masak sehingga garing.
  4. Masukkan daging yang digoreng tadi. Kacau-kacau sekejap.
  5. Masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram.
  6. Masukkan hirisan karot, cili padi, sos ikan dan air rebusan daging. Masak sekejap sehingga bahan bergaul sebati.
  7. Masukkan tomato, hirisan bawang holland dan daun limau purut yang dicarik-carikkan.

Tip:

  • Berapa lama daging lembut bergantung kepada jenis daging yang digunakan. Kalau daging batang pinang lebih cepat lembut bila direbus.
  • Daun limau purut harus dibuang tulang tengahnya untuk elakkan pahit. Carik-carikkan supaya lebih beraroma bila dimasak bersama daging.

Daging Masak Merah Ala Kenduri Kahwin



Daging Masak Merah ala Thai

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Pembebasan Zahid Adalah Atas Arahan Pihak Tertentu?




 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button