Pelanggan sampai waktu ‘closing’ mengadu lapar
Makcik warga emas pula tu... Peniaga tak banyak ‘bunyi’ terus buka plastik roti!
Pelanggan sampai waktu ‘closing’ mengadu lapar
SETIAP hari para peniaga pastinya berdepan pelbagai jenis pelanggan yang berbeza ragam.
Adalanya tanpa kita duga, kebaikan dan keikhlasan itu diuji saat berdepan dengan pujuk rayu pelanggan.
Begitulah yang terjadi kepada seorang peniaga, Siti Nor Jannah Sudin, 32, apabila terpaksa menangguhkan waktu untuk menutup gerainya pada 30 September lalu.
Menurut wanita yang lebih mesra disapa Kakcik, pelanggan itu merupakan seorang warga emas berusia 66 tahun bersama anak perempuannya yang teringin merasai makanan dijualnya ini.
“Hari kejadian tu dah petang pun. Saya dah nak buat closing dengan kemas-kemas kedai sebelum tutup. Dah 90 peratus, tinggal sikit lagi nak simpan barang.
“Tapi ada nampak seorang makcik ni dengan anaknya dah pusing-pusing dekat kedai saya. Tak lama lepas tu dia datang dekat menu makanan. Dia tanya ‘Ada lagi tak?‘
“Saya pun minta maaf dekat dia sebab kami memang dah nak tutup kedai masa tu,” ujarnya ketika dihubungi mStar.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Bila Kepentingan Peribadi Mengatasi Kepentingan Parti
- 2 Sebab Mengapa Pemimpin MIC Tidak Hadir Majlis Pengumuman Calon
- Sebelum kena ‘pancung’ Zahid ‘pancung’ dulu.
Bagaimanapun, jelas Kakcik yang menjalankan perniagaannya di Kota Setar, Kedah itu, wanita tersebut terus mendekatinya sambil memberitahu bahawa dia sedang lapar.
Ujar Kakcik yang menjual menu sarapan pagi barat sejak enam bulan lalu, permintaan makcik yang tidak diketahui identitinya itu meruntun hati dan sanubari.
Tanpa berlengah lagi, dia kemudiannya membuka semula bungkusan roti yang disimpan lalu menyediakan makanan untuk dihidangkan kepada dua orang pelanggan berkenaan.
“Makcik ni datang dan pegang saya. Dia cakap yang dia lapar. Sedih pula saya dengar. Lepas dia beritahu macam tu, saya terus cuit adik dan beritahu tentang perkara itu.
“Lepas tu saya pun buka semula makanan. Saya tanya makcik tu dia nak makan apa… kemudian saya terus buat set omelet yang dia nak.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Fitnah Terbaru RPK Ke Atas Presiden UMNO
- Hampir Pasti Mas Ermieyati Tumbang Di Parlimen Masjid Tanah
- Selepas Biduk Berlalu, Kiambang Pasti Akan Bertaut Kembali
“Makcik tu ada tanya ‘tak apa ke?‘ sebab kasihan terpaksa punggah semula barang niaga. Saya cakap dekat dia yang saya tak kisah. Janji makcik boleh makan. Lagipun makanan saya jual ringkas saja jadi senang nak basuh pinggan balik,” katanya lagi.
Walaupun niat asal nak bersedekah bagi makan tapi rezeki tu berbalik dekat saya pula.
SITI NOR JANNAH
Menerusi rakaman yang dimuat naik Kakcik, kelihatan riak wajah gembira makcik itu sambil menikmati juadah setelah permintaannya ditunaikan.
Video tersebut menjadi tular di TikTok sehingga meraih lebih 500,000 jumlah tontonan.
Malah Kakcik akui tidak menyangka bahawa rezekinya semakin luas dan bertambah setelah video tersebut meraih perhatian ramai.
“Masa tu sebenarnya sehari sebelum hari jadi saya. Walaupun niat asal nak bersedekah bagi makan tapi rezeki tu berbalik dekat saya pula.
“Selepas video tu viral, ramai orang makin kenal dan datang kedai saya. Ada juga yang mula bertanya saya jual apa juga di ruangan komen.
“Bila baca komen-komen positif macam tu saya makin semangat nak berniaga. Untuk saya yang masih baru lagi dalam dunia perniagaan, ini merupakan satu rezeki besar,” ujarnya menutupi kisah.
“Akibat Terlalu Lapar Dan Penat, Kanak Kanak Ini Tertidur Sambil Memeluk Guni”
Pelanggan sampai waktu ‘closing’ mengadu lapar
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Siapa Di Belakang Surat Aku Janji Menyokong Zahid Sebagai PM?
- Dr Khairuddin Dan Che Abdullah Sah Calon BN, Noh Omar Gugur
- PRU 15 : Pilihanraya paling ramai calon Perdana Menteri.
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :