SAR anggota komando dikhuatiri lemas tidak temui petunjuk

SAR anggota komando dikhuatiri lemas tidak temui petunjuk

SAR anggota komando dikhuatiri lemas tidak temui petunjuk
Pasukan penyelamat pada hari kedua SAR anggota komando yang dikhuatiri lemas ketika menjalani kursus juruselam di perairan Pulau Undan, semalam. – Foto ihsan APMM

MELAKA: Tiada sebarang petunjuk ditemui pada hari kedua operasi mencari dan menyelamat (SAR) anggota tentera komando Lans Koperal Edrin Baintin yang dikhuatiri lemas ketika menjalani kursus juruselam semalam.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit, berkata SAR hari kedua yang dijalankan mulai jam 8.30 pagi tadi membabitkan 110 anggota dan 14 pegawai daripada lima agensi.

Beliau berkata, operasi pencarian dibahagikan kepada tiga zon iaitu zon dasar laut, permukaan laut dan udara.



“Terdapat banyak kemungkinan, termasuk komando terbabit mungkin boleh dihanyutkan sehingga ke perairan negara jiran kerana keadaan arus di dasar laut serta angin yang kuat.

“Untuk hari ini, kesemua lima agensi kita menggunakan segala kekuatan aset laut dan udara yang bagi mencari mangsa. Keluasan pencarian sudah meliputi keluasan 101.2 batu nautika persegi tetapi gagal menemui sebarang petunjuk,” katanya.

Beliau berkata, antara cabaran dihadapi pasukan penyelamat dalam operasi adalah keadaan arus yang kuat dan jarak penglihatan yang amat terhad antara 0.6 meter hingga 1.5 meter.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


“Operasi SAR akan diteruskan esok, termasuk kemungkinan kita akan berhubung dengan pihak berkuasa dan nelayan Indonesia sekiranya mangsa hanyut ke perairan negara itu.



“Namun begitu semua ini masih belum dapat dipastikan dan kita akan meneruskan SAR seperti biasa yang juga turut membabitkan persatuan nelayan,” katanya.

Difahamkan, mangsa dari Unit Skuadron Bot Kombatan Rejimen 22 Komando Kem Iskandar Mersing, Johor, hilang ketika menjalani latihan Eksesais Pari Harimau Kursus Juruselam di kawasan perairan Pulau Undan.

Media semalam melaporkan, anggota komando dipercayai lemas ketika melakukan kursus juruselam di perairan Pulau Undan.

Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II (KUP), Syakirin Ismail, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 5.31 petang, sebelum dua jentera masing-masing dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Merlimau dan Melaka Tengah bersama 16 anggota termasuk pegawai ke lokasi kejadian.



Tingkat 36 tempatkan Sekreteriat Kerajaan Perpaduan

SAR anggota komando dikhuatiri lemas tidak temui petunjuk

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Tingkat 36 tempatkan Sekreteriat Kerajaan Perpaduan



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button