Roger Ng beri kerjasama baik kepada polis – Ayob Khan

Roger Ng beri kerjasama baik kepada polis – Ayob Khan

Roger Ng beri kerjasama baik kepada polis - Ayob Khan
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay (kanan) memakaikan beret kepada sebahagian 36 peserta terdiri daripada Pegawai Kanan dan Pegawai Rendah Polis yang berjaya menamatkan Kursus Asas 69 Komando ketika merasmikan Sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) Ke-54, 69 Komando Pasukan Gerakan Khas di Padang Kawad Sultan Nazrin Shah, hari ini. BERNAMA

IPOH: Bekas jurubank Kumpulan Goldman Sachs, Roger Ng, 51, memberi kerjasama baik kepada polis berhubung siasatan berkaitan pemulangan aset 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di dalam dan luar negara, kata Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay.

Beliau berkata, siasatan terhadap Roger Ng sejak kepulangannya 9 Oktober lalu adalah satu proses berterusan dan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih mengesan aset-aset lain yang mungkin ada di luar negara.

“Apa yang saya hendak tekankan adalah kerjasama, yang bagi kami, Roger Ng memang baik insya-Allah. Kita akan teruskan usaha mengesan lagi aset-aset.



“Siasatan ke atas Roger Ng ini adalah satu proses siasatan yang berterusan. Jadi kita masih lagi dengan pegawai penyiasat kita di bahagian Unit Pencegahan Pengubahan Wang Haram mengesan aset-aset lain yang mungkin ada di luar negara,” katanya katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Ulang Tahun ke-54 69 Komando PDRM di Kem Sultan Nazrin Shah 69 Komando Ulu Kinta, di sini hari ini.

Hadir sama Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Seri Hazani Ghazali; Komander 69 Komando, Senior Asisten Komisioner Hamzah Hashim; dan Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Penyokong palsu Najib Gagal lagi




Ayob Khan ditanya pemberita mengenai perkembangan kes membabitkan Roger Ng.

Dilaporkan, Roger Ng sampai di Malaysia pada 9 Oktober lalu sebelum ditahan polis bagi siasatan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan (pecah amanah); serta mengikut Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan Dan Hasil Dari Aktiviti Haram 2001.

Siasatan ditumpukan terhadap modus operandi lelaki itu berhubung penjualan nota sekuriti dan bon bernilai AS$6.5 bilion milik anak syarikat 1MDB; selain daripada untuk mengenal pasti dan mendapatkan semula aset milik lelaki itu yang dipercayai diperoleh daripada hasil 1MDB, serta turut menjurus kepada untuk mendapatkan semula aset 1MDB yang berada di dalam dan luar negara membabitkan Roger Ng.

Dilaporkan pada 19 Disember 2018, Roger Ng mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan bersubahat dengan Goldman Sachs berhubung penjualan bon 1MDB bernilai AS$6.5 bilion dengan menggugurkan fakta material dan membuat kenyataan palsu.



Susulan itu pada 9 Januari lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas tanpa membebaskan (DNAA) Roger Ng daripada empat pertuduhan bersubahat dengan syarikat itu berhubung penjualan nota sekuriti dan bon bernilai AS$6.5 bilion milik anak syarikat 1MDB.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Zahid Beri Bayangan Sudah Sampai Masanya Najib Kembali


Roger Ng sebelumnya berada di Amerika Syarikat (AS) untuk sementara bagi berdepan perbicaraan di negara itu dengan dia kemudiannya akan diserahkan kepada Malaysia untuk berdepan pertuduhan di negara ini pula.



Di AS, Roger Ng dilapor, dijatuhi hukuman penjara 10 tahun di New York, AS kerana membantu menggelapkan berbilion dolar dana 1MDB.

Roger Ng beri kerjasama baik kepada polis – Ayob Khan



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button