Sasar ganda pembiayaan

Sasar ganda pembiayaan

Sasar ganda pembiayaan
SULAIMAN (kanan) bersama wakil AmBank dan PMSB.

Kuala Lumpur: AmBank (M) Bhd (AmBank) menyasarkan untuk menggandakan jumlah kemudahan pembiayaan hijau yang ditawarkan bagi tahun ini daripada RM2 bilion pada 2022.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Datuk Sulaiman Mohd Tahir berkata, kemudahan itu termasuk yang membabitkan sektor hartanah, projek kediaman, kenderaan elektrik (EV) dan gudang.

“Pembiayaan peralihan karbon rendah ini relevan untuk kalangan perniagaan dan pengeluar yang mahu melabur dalam peralatan dan jentera bertujuan mengurangkan pelepasan (karbon).



“Sehubungan itu, ia sememangnya sesuatu yang baik bagi kami jika dapat menggandakan jumlah terbabit tahun ini,” katanya selepas menyaksikan majlis pertukaran dokumen bagi pembiayaan hijau bernilai RM130 juta dengan Persada Mentari Sdn Bhd (PMSB).

Kemudahan kewangan itu diberikan kepada PMSB yang juga pemaju projek Pulau Andaman dan baru-baru ini dianugerahkan Pensijilan Sementara Platinum GreenRE, bagi memudahkan pembangunan Pulau Arica@Andaman serta projek akan datang di lokasi berkenaan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

BN Mesti Bersedia Hadapi PRK Parlimen Kuala Terengganu




PMSB merupakan syarikat bertujuan khas yang diwujudkan oleh Tanjung Pinang Development Sdn Bhd (TPD), anak syarikat Eastern and Oriental Bhd (E&O) dan KWEST Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan).

Mengulas selanjutnya, Sulaiman berkata, AmBank juga yakin kerjasama itu akan mencetuskan perubahan sebenar, bukan sahaja dari segi impak terhadap alam sekitar, tetapi mewujudkan masa depan lebih cerah untuk generasi seterusnya.

“Usaha ini akan membuktikan komitmen kami dalam menggalakkan dan pengoptimuman pembiayaan mampan. Malah, kami berbangga dapat menjadi sebahagian daripada usaha PMSB dalam inisiatif menuju ekonomi lebih mampan dan berdaya tahan,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Eksekutif E&O Datuk Tee Eng Ho berkata, syarikat terbabit menyasarkan untuk menerapkan konsep kelestarian dalam amalan perniagaan dengan penerimagunaan pembangunan hijau dengan ciri-ciri bangunan mampan seperti operasi dan pengangkutan rendah karbon, cekap tenaga dan air serta bahan binaan mampan.



“Justeru, kemudahan pembiayaan hijau AmBank ini juga menjadi bukti terhadap komitmen kami ke arah pelaksanaan pembangunan lestari dan sumbangan kami menerapkan inisiatif bangunan hijau untuk mencapai kualiti pembinaan serta kemampanan alam sekitar.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Sewa bas, bajet kerajaan negeri atau bajet parti?


“Kemudahan pembiayaan itu juga ditawarkan pada masa tepat dan kami yakin Arica dapat disiapkan menjelang akhir 2026,” katanya.



Arica merupakan projek kediaman dengan kemudahan servis atau perkhidmatan kedua bagi E&O susulan kejayaan pembangunan kediaman pertama, The Meg.

Pembangunan yang direka bagi menepati piawaian Pensijilan Bangunan Hijau, juga selaras dengan prinsip kelestarian syarikat dan baru-baru ini dianugerahkan Pensijilan Sementara Platinum GreenRE di bawah kategori kediaman daripada Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA).

Selain daripada membiayai projek tersebut, AmBank akan turut menyediakan pembiayaan akhir bernilai RM77 juta bagi unit-unit kediaman berkenaan.

Sasar ganda pembiayaan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Hadi Awang: Tragedi Memali Soalan Syaitan



 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading