Dr George Tyndall didakwa aniaya wanita meninggal dunia

Dr George Tyndall didakwa aniaya wanita meninggal dunia

Dr George Tyndall didakwa aniaya wanita meninggal dunia
Dr George Tyndall. FOTO Reuters.

Los Angeles: Pakar sakit puan kampus USC, Dr George Tyndall yang dituduh melakukan salah laku seksual terhadap generasi wanita di universiti AS itu ditemui meninggal dunia di rumahnya di Los Angeles semalam.

Agensi Berita Jerman (dpa) melaporkan kematian Tyndall, 76, menghalang perbicaraan jenayah yang ditetapkan pada tahun depan. Sejumlah besar alumni USC dijangka tampil di mahkamah menentangnya dan memberi keterangan mengenai kenyataan menyentuh dan mengganggu yang tidak sesuai semasa pemeriksaan ginekologi di klinik kesihatan kampus.

“Saya tidak gembira beliau meninggal dunia. Saya mahu melihat beliau disabitkan kesalahan atas perbuatannya,” kata bekas pesakit Audry Nafziger yang menuduh Tyndall menyentuhnya secara tidak wajar dan merakam gambar kemaluannya.



Tiada bedah siasat akan dilakukan, kata Kelsie Weber dari pejabat Pemeriksa Perubatan LA County. Weber berkata Jabatan Polis Los Angeles (LAPD) telah melaporkannya kepada pejabat sebagai kematian semula jadi. “Kami tidak mengambil bidang kuasa kes itu,” katanya.

Peguam bela Tyndall, Leonard Levine berkata seorang sahabat wanita rapat telah cuba menghubungi anak guamnya semalam tetapi beliau tidak mengangkat telefon. Apabila rakan itu melawat kediaman Tyndall, beliau menemui lelaki itu di atas katil dan tidak bertindak balas.

“Sejak awal lagi, Tyndall dengan tegas menafikan semua pertuduhan terhadapnya. Apa yang beliau mahukan ialah harinya di mahkamah, yang mana beliau yakin akan berakhir dengan pembebasan sepenuhnya,” kata Levine.

“Sekarang, sama ada beliau mahupun pihak yang menuduhnya tidak akan mendapatkannya, dan itu sangat malang bagi semua orang yang terlibat.”



Dr George Tyndall didakwa aniaya wanita meninggal dunia


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Saksi 1MDB ‘minta nyawa’, nama Najib akan dibersihkan?

 



 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading