Teguh identiti M-Pop

Teguh identiti M-Pop

Teguh identiti M-Pop
DOLLA ketika majlis pelancaran album New Classic.

Luarannya, kumpulan Dolla rancak memecut terus ke hadapan dan bergerak lancar. Aturan kerjaya seni mereka tampak mudah dan seakan dinikmati indah mereka tanpa perlu gusar.

Hakikatnya, Dolla yang dianggotai Angel, Sabronzo, Syasya dan Tabby tidak setenang itu. Pecutan yang dilakukan mereka masih dilingkari tekanan pada setiap projek menanti di hadapan.

Mereka tidak mempunyai sesaat pun untuk dibazirkan dalam misi menjadi yang terbaik. Semakin meningkat standard yang dicapai, semakin tertekan mereka untuk pastikan standard itu dijaga rapi.



“Kami memang letak tekanan yang sangat tinggi dalam diri kami. Kami ingin menjadi yang terbaik semampunya. Corak pemikiran itu yang terpenting buat kami.

“Sebaiknya kami tidak mahu tahap kami jatuh. Tiada yang berubah sejak kami muncul dengan lagu Dolla Make You Wanna. Kami sentiasa tertekan kerana nak jadi yang terbaik.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Samsuri akan lepaskan jawatan Menteri Besar Terengganu?


“Satu hal pasal kami, kami kena juga buat setiap projek jauh lebih baik berbanding sebelumnya. Sekarang pada standard lagu Classic dan terfikir bagaimana lagi kami boleh lakukan lebih baik,” kata Sabronzo.

Belakang tabir, itu realiti dalam Dolla yang mana mereka ingin sematkan dalam pemikiran orang luar. Dengan bantuan pengurusan, kumpulan dinaungi Universal Music Malaysia itu ingin dihargai kerana usaha.



“Tapi, harapnya peminat dan pendengar sedar sebenarnya kami juga cuba bekerja keras. Sejak awal dulu sampai sekarang, sekali gus menyokong lagi perjuangan tanpa putus asa kami itu.

“Memang sangat berbaloi kerana faktor kami berada di tahap sekarang pun disebabkan orang semakin menerima kami. Mereka pun berusaha memberi sokongan padu buat kami juga,” katanya.

Tidak disangkal Dolla kian menakluk industri muzik tempatan pada liga tersendiri. Seakan-akan belum dapat dicabar kumpulan wanita lain, tahap dicapainya sangat luar biasa untuk artis yang baharu bertapak lebih empat tahun.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kenapa Di Kecam Penubuhan Jawatankuasa Pemantauan Perguruan?


Kala ini mereka juga sebenarnya boleh dilabel sebagai kumpulan wanita nombor satu di Malaysia. Namun, Tabby menyifatkan label sebegitu lebih kepada kata pembakar semangat.

“Kami tidak melihat sangat ia sebagai label sebaliknya kami ingin memacu untuk letak nama kami di luar. Kami kena kerja keras lebih untuk pastikan orang nampak kami.

“Ini kerana, mungkin kami nombor satu untuk orang Malaysia, tapi kami kena terus usaha lebih. Kena tolak lagi nama kami sebagai sebuah kumpulan yang berbaloi untuk diikuti di seluruh dunia.

“Semestinya kami sangat bersyukur kerana ada yang bercakap mengenai kenyataan itu. Pada masa sama, kami enggan dibandingkan dengan sesiapa kerana ia bukan soal siapa nombor satu, dua,” katanya.

Melihat impak dicetuskan mereka setakat ini, membanggakan apabila Dolla juga sebenarnya menjadi bualan peminat luar. Ia termasuk dari Indonesia, Brazil, Korea Selatan dan Vietnam.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

“Dajjal hari ini namanya Anwar Ibrahim” – Badrul Hisham Shaharin


Bagi mereka itu adalah pencapaian kecil yang perlu disimpan rapi dalam misi perjuangan menakluk pentas dunia.

Melancarkan album sulung berjudul New Classic baru-baru ini, Dolla memulakan langkah melebarkan sayap ke luar menerusi beberapa aspek.

Aspek itu termasuk mendapat sentuhan karya muzik daripada komposer tersohor luar negara, pembikinan muzik video bersama produksi Thailand serta hebahan daripada pempengaruh terkenal dari luar negara.

Apa pun, mereka paling berbesar hati dan bangga apabila dua lagu baharunya mendapat sentuhan komposer tersohor dunia dari Korea Selatan iaitu Hyun Shik.

Komposer itu bukan calang-calang kerana sudah mencipta lagu untuk nama besar termasuk Justin Bieber, Super Junior, Girls’ Generation, NCT dan ramai lagi.

Sabronzo mengakui bekerja dengannya memberikan mereka pengalaman sangat bermakna kerana Hyun Shik ternyata penerbit cukup berkaliber.

Mereka meletakkan kepercayaan 100 peratus kepadanya kerana tahu penerbit itu memang tahu mana yang terbaik untuk mereka.

“Sebenarnya dia buat dua lagu, Classic dan BO$$ UP. Proses bekerja sangat berbeza dengan penerbit tempatan atau dari negara lain kerana dia sangat efisyen, bervisi dan arahannya jelas.

“Kami cuma menurut sebab kami percayakan dia. Ini kerana dia pernah bekerja dengan ramai artis yang kami kenal dan sanjungi. Hasilnya memang kami percaya ramai orang suka,” katanya.

Sejak muzik video (MV) lagu Classic dilancarkan di YouTube, jumlah tontonannya juga deras naik. Selepas dua minggu, ia mencecah lebih dua juta dan menjadi ‘trending’ muzik nombor satu di laman itu.

Mempertaruhkan hampir semua lagu Inggeris, kaki mereka sudah selangkah ke luar negara. Seiring dengan misi menjadikan album itu pembuka pintu untuk tembusi Asia Tenggara, pencapaian terbabit amat bermakna.

Namun, pada masa sama, menurut Angel mereka berazam terus kekalkan identiti sebagai kumpulan pop Malaysia atau M-Pop walaupun sudah menawan pasaran luar nanti.

“Ini langkah terbaik untuk perkenalkan siapa kami kepada orang luar Malaysia dengan lagu Inggeris. Tapi, tak bermakna akan berterusan buat lagu Inggeris saja. Kami tetap akan hasilkan lagu Melayu.

“Kami akan teguh perjuangkan nama kami sebagai artis pop Malaysia. Kami pun bertutur bahasa Melayu dan kami sangat bangga terhadapnya. Cuma sekarang nak bagi negara jiran lain kenal Dolla.

“Dengan itu, mereka akan mendengar lagu lain kami serta mengenali budaya kita,” katanya pada pelancaran album mereka, baru-baru ini.

Album New Classic memuatkan tujuh lagu iaitu Classic, Damelo, Masa, drip, best side, BO$$ UP’ dan Damelo (versi Bahasa Inggeris).

Teguh identiti M-Pop


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Pengampunan Najib: Siapa Tipu Siapa?

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker