TRX bukti Malaysia galakkan pertumpuan minda perniagaan hebat

TRX bukti Malaysia galakkan pertumpuan minda perniagaan hebat

TRX bukti Malaysia galakkan pertumpuan minda perniagaan hebat
TUN Razak Exchange (TRX).

MERCU tanda ikonik, Tun Razak Exchange (TRX) yang dirasmikan sebagai Pusat Kewangan Antarabangsa Malaysia, baru-baru ini, dijangka terus menjadi pemacu transformasi dan pemangkin inovasi, keusahawanan selain aspek penciptaan pekerjaan.

Ketua Pegawai Eksekutif TRX City Sdn Bhd (TRXC), Datuk Azmar Talib berkata, TRX juga memaparkan keperluan Malaysia iaitu destinasi serba moden, mantap dan mampan yang menggalakkan pertumpuan minda perniagaan hebat bagi membentuk masa depan.

“Tempoh membangunkannya memakan masa 10 tahun dan kini TRX menjadi bukti visi impian besar Malaysia mewujudkan sebuah hab kewangan antarabangsa bertaraf dunia yang seiring dengan cita-cita negara untuk bersaing di pentas global,” katanya dalam satu kenyataan.



TRXC, anak syarikat milik penuh Menteri Kewangan (Diperbadankan), adalah pemaju induk daerah kewangan berkenaan.

Tersergam di kawasan seluas 28.33 hektar, TRX yang terletak di tengah-tengah ibu negara, juga mengetengahkan infrastruktur moden.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pelik Alasan Tidak Perasan Dari KK Mart



“Pencapaian ini tidak mungkin dapat diraih tanpa sokongan rakan dalam kerajaan, pelabur yang yakin dengan Malaysia serta peluang yang ada dan menjadikan TRX dibarisi syarikat mewah global serta tempatan,” katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah merasmikan TRX sebagai Pusat Kewangan Antarabangsa Malaysia pada 23 Februari 2024.

Pada majlis itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan turut mengumumkan TRX menikmati status istimewa dengan tawaran insentif bagi syarikat yang memindahkan operasi mereka ke situ seperti elaun bangunan industri, pengecualian cukai 70 peratus daripada pendapatan berkanun selama lima tahun untuk pemaju hartanah dan pengecualian duti setem bagi perjanjian pinjaman serta perkhidmatan.



TRX bukti Malaysia galakkan pertumpuan minda perniagaan hebat

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Pelik Alasan Tidak Perasan Dari KK Mart



 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading