Anak Mas Idayu lembut hati dengan sifat kebapaan Sufian Isa
Sukar terima kehadiran lelaki lain dalam hidup ibu
Anak Mas Idayu lembut hati dengan sifat kebapaan Sufian Isa
Perwatakan itu juga kata Dayini melembutkan hatinya untuk menerima keputusan ibunya berkahwin kerana sebelum ini sukar menerima kehadiran lelaki lain yang mendekati Mas.
“Tetapi Daddy (panggilan untuk Sufian) memiliki sifat kebapaan yang boleh mengubati kerinduan saya terhadap Papa.
“Daddy juga seorang yang baik, ramah dan berusaha untuk mengambil hati saya,” katanya kepada mStar.
Terdahulu pada pagi Jumaat, Mas dan Sufian selamat bergelar suami-isteri dengan sekali lafaz pada majlis yang diadakan di Magica Event Hall, Quill City Mall Kuala Lumpur.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PM kekalkan semua Menteri Umno dalam Kabinet baru?
- Akar Umbi Mahu Presiden Bertindak Tegas Terhadap Kluster Pengkhianat Dalam Mesyuarat MKT UMNO
- Mengapa UMNO Terlalu Sukar Untuk Di Kuburkan Oleh Musuh Politik?
- Tengku Zafrul Dakwa Ekonomi Malaysia Dalam Keadaan ‘Terbaik’
- Andai masih lengahkan PRU, BN akan jadi serangan habis-habisan pembangkang
Mas yang sebak dan dilihat mengalirkan air mata sepanjang majlis dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Masjid Jamek Kampung Baru, Azizi Abd Hamid berwakil walikan bapanya, Mesnum @ Masnum Hassan.
Sementara itu, Dayini mengakui turut mengalirkan air mata apabila melihat ibu kesayangan menangis kerana terkenangkan jatuh bangun wanita itu selama 16 tahun hidup bersendirian.
“Saya tidak boleh melihat Mommy menangis kerana saya tahu bagaimana keadaannya ketika berseorangan.
“Selama beberapa tahun ini memang dia keseorangan, hanya ada Dayini. Memang kami hidup berdua tanpa orang lain.
“Melihat dia menangis di hari bahagia membuatkan saya turut berasa sebak,” ujarnya lagi.
Untuk rekod, Dayini merupakan anak daripada perkongsian hidup Mas bersama pelakon Aman Graseka.
Mereka mendirikan rumah tangga pada 1997 dan bercerai pada 2006.
Mas Idayu Selamat Bergelar Isteri Kepada Sufian Isa Dengan Sekali Lafaz