Azira Shafinaz mengaku masih ‘single’
Impi lelaki memahami kerjayanya
Azira Shafinaz mengaku masih ‘single’
TIADA lagi gosip cinta atau dikaitkan dengan mana-mana lelaki membuatkan pelakon dan penyanyi Azira Shafinaz mampu menarik nafas lega.
Menurut Azira atau nama sebenarnya Azira Shafinaz Ramlan, 31, dia bukanlah seorang wanita yang suka dengan kontroversi dan mengakui lebih selesa jika kisah peribadi tidak diperkatakan.
“Lega rasanya apabila tiada lagi cerita sebegitu. Mungkin orang mahukan sesuatu, tetapi saya bukanlah seorang yang suka dengan kontroversi.
“Apa yang keluar dari mulut saya itulah yang benar,” katanya kepada mStar.
Anggota kumpulan DeFam ini ditemui ketika sidang media pelancaran filem pertama lakonannya sebagai watak utama berjudul Talbis Iblis di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Sebelum ini nama Azira dikaitkan mempunyai hubungan istimewa dengan pelakon Sharnaaz Ahmad apabila mereka sering dilihat mengadakan sesi live bersama di laman sosial.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mampukah Kabinet Sekarang Tangani Isu Banjir
- PN Di Jangka Akan Menarik Sokongan
- ‘Jasa’ PH Kepada Penjawat Awam Sewaktu Mereka Berkuasa
- METMalaysia Sarankan PRU 15 Selewat Lewatnya Pertengahan November 2022
Menjawab mengenai gosip itu, Azira memberitahu dia dan aktor berkenaan hanyalah sahabat baik dan ia kekal sehingga hari ini.
“Sekarang ini saya single dan happy.
“Tiada sebarang hubungan istimewa dengan Sharnaaz sebelum ini dan kami masih berkawan baik seperti biasa,” jelasnya.
Sekarang ini saya single dan happy AZIRA SHAFINAZ PENYANYI/PELAKON
Sementara itu bercakap tentang perancangan mencari kekasih hati, Azira berkata itu bukan menjadi keutamaannya buat masa ini, namun berharap semua orang dapat mendoakan agar dia segera bertemu jodoh.
“Memang ramai yang sudah mula bertanya soal jodoh, namun fokus saya sekarang lebih kepada kerjaya. Apa boleh buat kalau jodoh belum sampai!
“Ada yang cuba mahu dekat tetapi belum ada yang istimewa. Kawan biarlah ramai, bercinta hanya satu. Doakanlah saya bertemu jodoh.
“Kalau mencari seseorang biarlah yang boleh terima saya dan keluarga. Paling penting lelaki itu hormat kerja saya kerana tak semua boleh faham kerjaya ini,” ujarnya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mengapa Pengundi Atas Pagar Terutamanya Bangsa Cina Masih Menolak BN
- Perbalahan Antara Ismail Sabri Dan Muhyiddin Sudah Di Anggap Seperti Cerita Gembala Dan Orang Kampung
- Serangan Muhyiddin Kepada Ismail Sabri Menunjukkan Muhyiddin Sudah Koyak Teruk
Bercakap mengenai filem Talbis Iblis, karya arahan Khabir Bhatia itu akan ditayangkan bermula 20 Oktober depan.
PM Ismail Sabri pasti dipertanggungjawab kan jika apa2 terjadi terhadap Najib.
Azira Shafinaz mengaku masih ‘single’
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ismail Sabri gagal urus ekonomi kerana warisi kerajaan gagal dari Mahathir dan Muhyiddin
- ‘Jasa’ PH Kepada Penjawat Awam Sewaktu Mereka Berkuasa
- Umno jadi pembangkang jika PRU15 dilewatkan
- Anwar salahkan Mahathir PH gagal bertahan
- METMalaysia Sarankan PRU 15 Selewat Lewatnya Pertengahan November 2022
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
PM Ismail Sabri pasti dipertanggungjawab kan jika apa2 terjadi terhadap Najib.