Ikan Bakar Dan Air Asam
Ikan Bakar Dan Air Asam
Kali ni Che Nom nak share resepi Ikan bakar air asam yang sedap sangat dan mudah untuk disediakan. Che Nom akan tunjuk cara sediakan pes sambal berempah untuk ikan bakar, dan kemudian resepiair asam yang pedas, pekat, masam yang kena sangat lah kalau kita makan dengan ikan bakar tu. Dalam video ni, Che Nom tunjuk cara masak ikan bakar guna kuali atau grill pan, sebab lebih mudah dan cepat nak sediakan , rasa pun tak kurang sedapnya. Pes sambal berempah pulak boleh disediakan awal-awal, disimpan dalam peti sejuk ataupun freezer. Bila nak makan..keluarkan dan masak saja dengan ikan pilihan anda. Untuk sesiapa yang sibuk, boleh sediakan pes awal-awal lagi dan simpan.
Bahan-bahan:
- Bahan-bahan untuk ikan bakar:
- 4 ekor ikan mabong (saiz besar) atau apa jenis ikan pilihan anda
- daun pisang
- sedikit minyak (untuk grill)
- Bahan-bahan untuk pes ikan bakar:
- 3 biji bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- 1 ketul kunyit hidup
- ½ inci halia
- 1 batang serai
- ½ inci lengkuas
- 2-3 sudu besar cili kisar
- ½ sudu besar serbuk kari ikan
- 2 sudu besar air asam jawa
- ½ – 1 sudu kecil garam
- sedikit air
- 1 senduk minyak masak
- ½ – 1 sudu kecil gula
- Bahan-bahan untuk air asam:
- 1 mangkuk air asam jawa
- 10-15 biji cili padi
- 1 biji cili merah
- 1 inci belacan
- ½ biji bawang besar
- 1-2 biji tomato
- gula dan garam secukup rasa
- sedikit perahan jus limau nipis
Cara Penyediaan:
- Cara-cara untuk pes ikan bakar:
- Kisar halus bawang merah, bawang putih, kunyit hidup, halia, lengkuas, dan batang serai sekaligus serta cili kisar, sudu besar kari ikan dan sedikit air asam jawa. Tambah sedikit garam dan air.
- Panaskan minyak dan tumis bahan kisar halus dalam masa anggaran 15 minit sehingga bahan masak dan pecah minyak
- Tambahkan gula dan sedikit air jika bahan terlalu pekat.
- Sambung masak dalam anggaran 5 minit.
- Cara-cara untuk ikan bakar:
- Salut dan lumur ikan yang telah dikelar dengan pes ikan bakar berempah bagi kedua-dua bahagian ikan serta didalam ikan.
- Balut setiap ekor ikan dengan daun pisang atau daun kunyit.
- Panaskan sedikt minyak dan panggang ikan dengan api yang sederhana.
- Panggang ikan sehingga ia masak.
- Cara-cara untuk air asam jawa:
- Masukkan tepung beras ke dalam mangkuk. Gaul Bersama majerin. Majerin tu tak perlu dipanaskan. Gaul sehingga adunan melekat menjadi satu bebola doh.
- Potong kecil bawang besar.
- Hiris kasar cili padi, cili merah (pilihan) dan tomato.
- Kisar halus air asam jawa, belacan yang dibakar, cili padi, gula dan garam secukup rasa.
- Selepas dikisar, masukkan bahan kedalam mangkuk bersama bahan potong dan hiris kasar lalu gaulkan kesemuanya sehingga sebati.
- Perah limau nipis kedalam air asam jawa dan tambah gula mahupun garam untuk dapatkan rasa yang lebih sedap.
- Kemudian, air asam jawa siap untuk dihidang bersama ikan bakar.
Tip:
- Jika menggunakan asam jawa asli, rendamkan dengan air panas dahulu dan ramas sehingga menjadi pes yang pekat.
- Jika tiada daun pisang, boleh digantikan dengan daun kunyit.
Ikan Bakar Dan Air Asam
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ismail Sabri gagal urus ekonomi kerana warisi kerajaan gagal dari Mahathir dan Muhyiddin
- ‘Jasa’ PH Kepada Penjawat Awam Sewaktu Mereka Berkuasa
- Umno jadi pembangkang jika PRU15 dilewatkan
- Anwar salahkan Mahathir PH gagal bertahan
- METMalaysia Sarankan PRU 15 Selewat Lewatnya Pertengahan November 2022
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
PM Ismail Sabri pasti dipertanggungjawab kan jika apa2 terjadi terhadap Najib.