Ikan Masak Cuka



Ikan Masak Cuka
Ikan Masak Cuka

Ikan Masak Cuka

Masak-masak hari ni Che Nom nak tunjuk cara untuk sediakan ikan masak cuka, ada juga yang panggil jeruk ikan. Lauk ini sinonim sangat dengan masakan nenek-nenek dulu dan lauk orang berpantang. Kalau masak dengan ikan fresh memang terbaik. Rasa manis ikan, rasa sedap dan wangi dari tumisan biji sawi, bawang, halia dan serai.

Kuah tu kena ada rasa masam daripada cuka tapi muka orang yang masak tu kena la manis, kalau muka tukang masak masam mencuka orang tua-tua kata lauk jadi tak sedap, orang tua-tua mana yang cakap entah, Che Nom pon tak pasti, yang pastinya lauk ni bahaya, periuk nasi kena letak jauh – jauh.

 

Bahan-bahan:

 

  • Bahan-bahan ikan goreng:
    • 4 keping ikan tenggiri
    • 1-2 sk garam
    • 2 sk serbuk kunyit
  • Bahan-bahan ikan masak cuka:
    • 1 senduk minyak masak
    • 1 sk biji sawi
    • 1 biji bawang besar
    • 2 inci halia
    • 4-6 biji bawang merah kecil
    • 8 ulas bawang putih
    • 1 batang serai (pilihan)
    • 4 cawan air
    • 1/2 senduk cuka makan
    • 1/3 batang timun
    • 1-2 biji tomato
    • 2 tangkai cili merah (pilihan)
    • 8-10 tangkai cili padi
    • 1/2 sb gula
    • 2 sk serbuk perasa
    • Garam secukup rasa

 

Cara Penyediaan:

 

  1. Cara-cara untuk penyediaan ikan goreng:
    1. Potong nipis bawang besar, bawang merah dan bawang putih belah dua atau letak je sebiji, halia potong memanjang (potongan mancis).
    2. Timun buang biji dan potong memanjang. Tomato belah 4-6 bahagian.
    3. Cili merah buang biji dan hiris nipis, cili padi buang tangkai saja, serai ketuk / titik sikit.
    4. Basuh dan bilas ikan dengan air asam jawa, kemudian gaul dengan serbuk kunyit dan garam.
    5. Panaskan minyak dan goreng ikan. Bila ikan bertukar warna perang, angkat dan ketepikan.
  2. Cara-cara untuk kuah masak cuka:
    1. Panaskan minyak kemudian tumis biji sawi dan hirisan bawang besar sampai bawang lembut dan kekuningan.
    2. Masukkan hirisan halia dan kacau sampai naik bau.
    3. Masukkan bawang merah, bawang putih dan serai. Kemudian kacau dalam 30 saat.
    4. Kemudian masukkan air, garam, gula dan cuka makan. Masak sampai mendidih.
    5. Masuk cili merah, cili padi, timun, ikan goreng, serbuk seasoning dan tomato.
    6. Masak sampai kuah meresap masuk kedalam ikan goreng tadi.

 

Tip:

 

  • Kalau guna halia muda lagi sedap, tapi Che Nom tak ada jadi guna je halia tua.
  • Basuh dan bilas ikan dengan air asam jawa supaya bau hanyir ikan hilang.
  • Lebihkkan sikit serbuk kunyit sebab kita nak kuah tun anti berwarna kuning sikit.
  • Boleh ganti dengan ikan bawal, ikan tongkol, ikan merah, ikan kembung, ikan kerisi atau kekekek.
  • Ikan goreng tak perlu garing, cukup sekadar bertukar warna perang.
  • Lauk ni jangan terus hidang, biar kuah meresap kedalam ikan dulu barulah sedap.

Resepi ikan merah masak cuka

Ikan Masak Cuka

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

PM Ismail Sabri pasti dipertanggungjawab kan jika apa2 terjadi terhadap Najib.

 



Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker