Istana Selangor Bongkarkan Penipuan MB Selangor Dari PKR!!!

 

Istana Selangor Bongkarkan Penipuan MB Selangor Dari PKR!!!

Selepas mengadap Sultan Selangor pada 11 September 2022 yang lalu, MB Selangor, Amirudin Shari membuat kenyataan yang memberi gambaran Sultan Selangor tidak memperkenankan pembubaran DUN Selangor.



Ketika ditanya wartawan, Amirudin memberitahu bahawa Sultan Selangor menitahkan supaya kerajaan Selangor memberikan fokus membangunkan negeri.

Dalam kenyataan yang sama juga, Amirudin memberitahu bahawa kononnya Sultan Selangor menitahkan supaya pembubaran DUN Selangor tidak difikirkan dahulu.

Baca di sini:

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/10/1010961/sultan-selangor-titah-segerakan-projek-rakyat-bukan-bubar-dun



Tidak sukar untuk kita faham tujuan Amirudin berkata demikian adalah untuk digunakan sebagai alasan bahawa Sultan Selangor tidak memperkenankan pembubaran DUN Selangor.

Ianya juga untuk memberikan gambaran bahawa beliau bersedia untuk membubarkan DUN Selangor tetapi tidak mendapat perkenan dari Sultan Selangor.

Istana Selangor Bongkarkan Penipuan MB Selangor Dari PKR!!!

Namun begitu, amat memeranjatkan apabila keluar kenyataan rasmi dari Istana Selangor yang menafikan kenyataan Amirudin.



Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Sulit Sultan Selangor bertarikh 13 Oktober 2022, Sultan Selangor menafikan adanya permintaan membubarkan DUN dari Amirudin.

Malah penangguhan pembubaran DUN dengan menggunakan alasan meneruskan pembangunan negeri Selangor datangnya dari Amirudin sendiri.

Maka atas sebab itu, baginda Sultan Selangor mengambil maklum akan hasrat Amirudin untuk tidak membubarkan DUN Selangor pada tahun ini.

Justru itu, baginda Sultan Selangor menitahkan supaya Amirudin meneruskan membangunkan negeri Selangor sebagaimana yang beliau persembahkan kepada baginda.



Sangat Jelas Amirudin Menipu Dengan Menggunakan Nama Istana Selangor

Dengan kenyataan dari Sultan Selangor adalah jelas Amirudin langsung tidak mempunyai niat untuk membubarkan DUN Selangor.

Sebenarnya tidak menjadi  masalah sekiranya Amirudin tidak mahu membubarkan DUN Selangor supaya pilihanraya dapat dilakukan serentak PRU 15.

Itu adalah kuasa prerogatif Amirudin untuk menentukan bilakah beliau mahu menasihati atau memohon perkenan Sultan Selangor supaya membubarkan DUN Selangor.

Tetapi mengapa mesti menipu dan lebih tidak wajar bila Amirudin mengheret Istana Selangor untuk melindungi penipuan beliau.



Penipuan yang menggunakan nama istana adalah satu perkara yang sangat serius dan tidak boleh dibiarkan begitu sahaja.

Beginikah akhlak seorang yang diberikan amanah dan tanggungjawab sebagai menteri besar?

Namun ianya bukanlah sesuatu yang menghairankan kerana penipuan sememangnya sinonim dengan pemimpin Pakatan Harapan.

Apakah rakyat Selangor masih lagi mahu memberi mandat kepada mereka?



 

Istana Selangor Bongkarkan Penipuan MB Selangor Dari PKR!!!

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button