Ibu Syamsul Yusof puji menantu, senarai nama termasuk Puteri Sarah.

“Kami ada 3 menantu hebat, cukuplah...”

Ibu Syamsul Yusof puji menantu, senarai nama termasuk Puteri Sarah
Datin Patimah bangga ada menantu hebat, Puteri Sarah Liyana juga tersenarai.
PERKONGSIAN ibu kepada pengarah terkenal Syamsul Yusof iaitu Datin Patimah Ismail sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila meluahkan rasa bangga memiliki menantu yang hebat.
Menerusi ruangan Instastory, Patimah menyenaraikan nama ketiga-tiga wanita yang merupakan menantu yang disayanginya.

“Kami ada tiga orang menantu yang hebat-hebat, cukuplah Nazariah Harun, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin dan Aeisyah Ustaz Zainal,” katanya.

Pun begitu, nama Ira Kazar yang merupakan isteri kedua kepada Syamsul tidak ditulis dalam perkongsian berkenaan.

Sebelum ini, isteri kepada pengarah dan penerbit Datuk Yusof Haslam ini pernah menegaskan bahawa bapa kepada Ira Kazar iaitu Kazar Saisi bukanlah besannya.



“Besan kami Encik Megat Kamaruddin bukan dia,” katanya menerusi ruangan komen di Instagram mStar.

Pada 5 Januari lalu, Syamsul menggemparkan dunia seni apabila dia mengakui sudah bernikah dengan Ira di Thailand.

Selepas kisah tersebut hangat di perkatakan, Syamsul dan isteri pertamanya Puteri Sarah Liyana saling berbalas komen di media sosial namun dilihat masih belum bertemu jalan penyelesaian terhadap kemelut rumah tangga mereka.

Rentetan itu, pada 15 Januari, Puteri Sarah bertindak memfailkan perceraian secara baik di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur.



Untuk rekod, Syamsul dan Puteri Sarah bernikah pada 8 Mac 2014 dan pasangan ini dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 5.

Ibu Syamsul masih marah anggap Ira wanita kejam

 



Datin Patimah bangga ada tiga menantu hebat.

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Rupa-Rupanya Tetuan H2O Tak Tahu Beza Antara Notis Pemakluman Dengan Kertas Siasatan

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button