‘Sekelip mata saya kehilangan mereka’

‘Sekelip mata saya kehilangan mereka’

'Sekelip mata saya kehilangan mereka'
Noriah Ismail menyiram air mawar di pusara anak lelaki dan dua cucunya yang maut dalam kemalangan di Kilometer 154 Jalan Jerangau-Jabor dekat persimpangan Cheneh-Mak Lagam semalam. – Foto NSTP/Rosli Ilham

CHUKAI: “Saya hilang anak dan dua cucu dalam sekelip mata,” kata Noriah Ismail, 60, ibu kepada Ammir Hussein Mohamad, 38, yang maut dalam kemalangan di Kilometer 157, Jalan Jerangau-Jabor berhampiran Hentian Sebelah Bandar Cheneh Baru, petang semalam.

Noriah berkata, dia juga sangat sedih apabila arwah anaknya itu tidak sempat menyambut kelahiran bayi ketiganya yang dijangka dilahirkan dua bulan lagi.

Menurutnya, ketika kejadian dia berada di rumah seorang lagi anaknya di Kuala Terengganu dan mendapat berita kemalangan yang menimpa Ammir daripada menantunya Norhafizah.



“Norhafizah ketika itu dalam keadaan kesakitan sempat menghubungi saya memaklumkan mereka sekeluarga kemalangan dan saya bergegas pulang ke Kemaman.

“Saya sangat bersyukur apabila Norhafizah dan bayi dalam kandungan berusia tujuh bulan selamat,” katanya ditemui di Tanah Perkuburan Islam Jabur Kubur hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

“Mahathir umpama bahan pameran muzium di Mesir” – Nur Jazlan




Dalam kemalangan kira-kira jam 2.05 petang itu, turut terkorban dalam kemalangan itu ialah dua anak Ammir iaitu Ammzar Husszair Al Hussein, 4, dan Ammzar Hussnayan Al Hussein berusia setahun.

Isteri Ammir, Norhafizah Sazwa Harun, 38, cedera di perut manakala seorang anak angkatnya, Ammzar Hussniah Ammir Hussein Abdul Azim, 8, dilaporkan kritikal.

‘Sekelip mata saya kehilangan mereka’


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

4 negeri PAS  buat persiapan sambut “Imam Mahathir”



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button