Misi pelaburan MITI ke Singapura raih FDI RM20 bilion

Misi pelaburan MITI ke Singapura raih FDI RM20 bilion

Misi pelaburan MITI ke Singapura raih FDI RM20 bilion
Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz. – FOTO NSTP

Kuala Lumpur: Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) telah meraih sejumlah RM20 bilion pelaburan komited dari Singapura sejak Januari 2023, dengan yang terkini RM7 bilion pelaburan langsung asing (FDI) daripada pelabur melalui misi pelaburan baru-baru ini ke negara itu, diketuai oleh Menteri Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz.

Kementerian itu berkata beberapa syarikat termasuk INV New Material Technology, Agrocorp dan SIA Engineering Company secara kolektif komited untuk melabur RM7 bilion di Malaysia dan pelaburan itu dijadual dilaksanakan dalam tempoh tiga tahun akan datang.

“INV New Material Technology ialah anak syarikat Senior International (Singapore) and Shenzhen Senior Technology Material dan syarikat induknya ialah perusahaan terkemuka dalam industri pemisah bateri litium di China,” kata MITI dalam satu kenyataan.



Katanya, INV New Material Technology merancang untuk membina kemudahan pembuatan tercanggih untuk menghasilkan pemisah bateri untuk kenderaan elektrik (EV).

MITI berkata kemasukan satu lagi pengeluar komponen EV utama adalah rangsangan besar bagi matlamat Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP2030) untuk menjadikan Malaysia hab serantau bagi industri EV, dan pelaburan ini juga dijangka mewujudkan sehingga 4,000 pekerjaan untuk rakyat Malaysia.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Terbukti Muhyiddin tidak layak jadi Penasihat ‘SG4’




Agrocorp mula menjalankan perdagangan komoditi pertanian pada tahun 1990 dan sejak itu telah berkembang untuk mencapai perolehan lebih US$3 bilion (RM14.04 bilion) mengendalikan lebih daripada 30 produk komoditi pertanian di 50 negara.

Dalam pada itu, sebuah lagi syarikat tersenarai Singapura, SIA Engineering Company (SIAEC) yang pakar dalam perkhidmatan penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) pesawat di rantau Asia-Pasifik, juga telah memulakan beberapa pelaburan termasuk aktiviti pembaikan komponen dan penyelenggaraan talian sebagai sebahagian daripada rancangan pertumbuhannya di rantau ini.

SIAEC mempunyai pangkalan pelanggan lebih daripada 80 syarikat penerbangan antarabangsa dan pengeluar peralatan aeroangkasa. Syarikat itu berhasrat untuk menjadikan Malaysia sebahagian daripada rangkaian MRO mereka.

Menurut Tengku Zafrul, pengumuman pelaburan komited berjumlah RM7 bilion baru-baru ini dari republik itu adalah bukti daya tarikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan pilihan dan mencerminkan hubungan yang terjalin lama serta saling menguntungkan antara Malaysia dan Singapura dalam perdagangan dan pelaburan.




DISYORKAN UNTUK ANDA :

4 negeri PAS  buat persiapan sambut “Imam Mahathir”


“Malaysia sentiasa properdagangan, properniagaan dan propelaburan dan kita komited dalam memperhalusi proses pelaburan, memastikan pelabur, tempatan dan asing, mempunyai pengalaman yang lancar apabila mereka memilih Malaysia.

“Kita mahu memudahkan prosedur, menawarkan insentif menarik, dan menyediakan persekitaran kawal selia yang stabil dan telus,” tambahnya.



Tengku Zafrul berkata kementerian dan agensinya seperti Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), akan terus mendapatkan pelaburan berkualiti tinggi, strategik dan mampan yang bukan sahaja akan meningkatkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia serta meningkatkan pembangunan ekonomi tempatan, tetapi juga mewujudkan peluang pekerjaan baru.

Semasa misi perdagangan, delegasi MITI turut mengadakan pertemuan dengan wakil dari A.P. Moller – Maersk, sebuah syarikat logistik kontena bersepadu yang beribu pejabat di Copenhagen, yang beroperasi di 130 negara dan menggaji kira-kira 100,000 orang di seluruh dunia.

Maersk kini sedang meninjau tapak untuk mengembangkan hab logistiknya di Malaysia melalui lebih 10 projek infrastruktur logistik pintar strategik.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

“Mahathir umpama bahan pameran muzium di Mesir” – Nur Jazlan



Syarikat itu telah memulakan operasinya di Malaysia sejak 1974, dan hari ini, ia menggaji lebih 1,100 kakitangan.

Misi pelaburan ini, yang disertai pegawai kanan MITI dan MIDA, merupakan satu pencapaian penting ke arah merealisasikan matlamat Malaysia untuk menjadi hab inovasi global berteknologi tinggi dengan ekosistem pelaburan yang berdaya tahan dan mampan.

Kementerian itu berkata sejumlah RM13 bilion pelaburan komited sebelum ini diperoleh daripada misi pelaburan pertama ke Singapura pada Januari.



Misi pelaburan MITI ke Singapura raih FDI RM20 bilion


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Cubaan PN Untuk Manipulasi Peserta Program Keretapi Sarong Gagal

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button