Malaysia catat pelaburan diluluskan cecah RM132.6 bilion



Malaysia catat pelaburan diluluskan cecah RM132.6 bilion

Malaysia catat pelaburan diluluskan cecah RM132.6 bilion
Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz. – FOTO NSTP

Kuala Lumpur: Selepas berjaya meraih pelaburan yang diluluskan bernilai RM132.6 bilion pada separuh pertama 2023, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) menjangka mencatat pertumbuhan lebih kukuh pada separuh kedua 2023.

“Saya gembira dengan pencapaian kami pada separuh pertama 2023, meraih RM132.6 bilion atau 60.3 peratus daripada sasaran tahunan kami. Kami telah bersedia untuk mencapai sasaran tahunan.

“Pencapaian ini hampir mencerminkan purata 10 tahun kami iaitu RM222.6 bilion, menunjukkan usaha konsisten kami dalam menarik pelaburan berkualiti dan memacu pertumbuhan ekonomi,” kata menteri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dalam satu kenyataan hari ini.



Untuk enam bulan pertama tahun ini, Malaysia telah menarik sejumlah RM132.6 bilion (US$28.4 bilion) pelaburan yang diluluskan dalam sektor perkhidmatan, pembuatan dan utama yang melibatkan 2,651 projek dari Januari hingga Jun 2023 dan dijangka mewujudkan 51,853 peluang pekerjaan di negara ini.

Menurutnya, pelaburan itu adalah tanda keyakinan terhadap ekonomi Malaysia dan apa yang ditawarkan kepada pelabur, termasuk kerajaan yang menyokong dan membangunkan dasar properniagaan, dan terus meningkatkan kemudahan menjalankan perniagaan di Malaysia.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Terbukti Muhyiddin tidak layak jadi Penasihat ‘SG4’


Selain itu, Malaysia juga merupakan hab yang dipercayai untuk ekosistem, rantaian bekalan, modal dan bakat, aliran barangan dan data serta keupayaan inovasi yang semakin meningkat.

Tengku Zafrul turut menambah walaupun permintaan global perlahan dan persekitaran kadar faedah yang lebih tinggi dalam pasaran utama, Malaysia berjaya menarik jumlah pelaburan yang diluluskan kira-kira hampir sama pada separuh pertama 2023 tahun ke tahun, mencerminkan keyakinan terhadap prospek pertumbuhan ekonomi negara.



“Terutamanya, pelaburan domestik langsung yang meningkat 58 peratus, dan mewakili lebih 52 peratus daripada pelaburan yang diluluskan yang bagi kami, merupakan undi keyakinan yang jelas terhadap dasar Ekonomi MADANI. Jumlah pelaburan yang diluluskan juga bakal mewujudkan sekurang-kurangnya 50,000 pekerjaan untuk rakyat Malaysia.

“Memandangkan pelbagai rantaian bekalan global beralih ke Asia, matlamat utama kami ialah meletakkan Malaysia sebagai hab serantau bagi kedua-dua syarikat antarabangsa dan usahawan yang ingin mengembangkan jejak mereka di Asia.

“Justeru, Pelan Induk Perindustrian Baharu 2023 (NIMP2023) yang diumumkan baru-baru ini mewakili langkah penting dalam perjalanan Malaysia ke arah transformasi industri yang mampan dan meningkatkan daya saing global,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

4 negeri PAS  buat persiapan sambut “Imam Mahathir”


Pelaburan langsung domestik (DDI) menyumbang 52.2 peratus daripada jumlah pelaburan yang diluluskan, atau RM69.3 bilion (US$14.8 bilion), dipacu oleh pelaburan dalam sektor perkhidmatan, khususnya hartanah dan sektor utama.



Komitmen kerajaan untuk memastikan perumahan berkualiti untuk rakyat turut menjadi faktor utama pertumbuhan ini, menurut menteri itu.

Beliau berkata MITI dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) kekal teguh dalam komitmen mereka untuk mencapai gabungan seimbang pelaburan langsung asing (FDI) dan DDI.

Keseimbangan ini jelas ditunjukkan dalam jumlah FDI, yang menyumbang 47.8 peratus, atau RM63.3 bilion (US$13.6 bilion) kepada pelaburan yang diluluskan.

Sumber FDI negara datang dari Singapura dengan pelaburan yang diluluskan berjumlah RM13.7 bilion (US$2.9 bilion), diikuti Jepun (RM9.1 bilion), Belanda (RM9.0 bilion), China (RM8.4 bilion) dan British Virgin Islands (RM7.1 bilion).




DISYORKAN UNTUK ANDA :

“Mahathir umpama bahan pameran muzium di Mesir” – Nur Jazlan


Lima negeri telah merekodkan pelaburan diluluskan yang ketara iaitu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (RM31.7 bilion), Selangor (RM29.7 bilion), Kedah (RM14.6 bilion), Johor (RM14.2 bilion) dan Sabah (RM9.0 bilion ).

Apabila digabungkan, kelima-lima negeri itu menyumbang 74.9 peratus daripada jumlah pelaburan yang diluluskan.

Ketua Pegawai Eksekutif MIDA Datuk Wira Arham Abdul Rahman berkata asas ekonomi dan reputasi Malaysia yang kukuh dan stabil, boleh dipercayai dan neutral membolehkannya memperoleh pelaburan berkualiti daripada pelbagai sumber.

“Prospek dan tinjauan jangka panjang untuk industri digital kekal menjanjikan. Syarikat merentasi pelbagai industri terus membina keupayaan dalam data, pendigitalan dan automasi.

“Terdapat juga peluang daripada pertumbuhan ekonomi digital di Asia Tenggara, termasuk dalam teknologi kewangan, awan dan keselamatan siber. Kami menjangkakan permintaan berterusan untuk kemahiran berkaitan teknologi merentas semua sektor di Malaysia.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

PN Tiada Asas Moral Untuk Pertikaikan Keputusan Mahkamah Bebaskan Zahid


“Namun begitu, perjalanan kami ke arah masa depan juga bergantung secara signifikan pada keupayaan untuk menyelaraskan dengan trend mega global, khususnya dalam konteks amalan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG),” katanya.

Beliau berkata pelaksanaan model perniagaan berasaskan ESG, terutamanya oleh perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan, berpotensi untuk bukan sahaja meningkatkan daya saing tetapi juga untuk memperkukuh kehadiran Malaysia dalam rantaian nilai global, memacu negara ke arah masa depan yang bercirikan pertumbuhan yang mampan dan bertanggungjawab.

Malaysia catat pelaburan diluluskan cecah RM132.6 bilion


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Cubaan PN Untuk Manipulasi Peserta Program Keretapi Sarong Gagal

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker