Sahabat Ruhainies : Kami Nasihatnya Supaya Tidak Baca

Tutup Ruangan Komen

Sahabat Ruhainies : Kami Nasihatnya Supaya Tidak Baca

Sahabat Ruhainies : Kami Nasihatnya Supaya Tidak Baca

Dua sahabat baik kepada pelakon Ruhainies iaitu  Zahar dan Fyzal memaklumkan aktres berkenaan kini lebih banyak berdiam susulan kontroversi hangat yang turut membabitkan rakan artis, Aliff Aziz.

Menurut Zahar atau Ahmad Zahar, mereka juga menasihatkan Ruhainies agar tidak membaca komen di media sosial.



“Keadaan dia baik-baik sahaja dan dia tetap meneruskan komitmen kerja seperti biasa. Cuma apa yang kami perasan, dia kini lebih banyak berdiam.

“Kami sebagai rakan juga menasihatinya agar tidak membaca dan menutup ruangan komen di sosial media. Bagaimanapun dia tahu perkembangan berlaku.

“Di pihak kami, memang sedikit tertekan membaca komen-komen kecaman di media sosial,” kata merkea ketika ditemui di majlis berbuka puasa di Shah Alam, pada Isnin.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pelik Alasan Tidak Perasan Dari KK Mart




Sementara itu, Zahar berpendapat yakin Ruhainies tidak terlibat dalam aktiviti yang tidak senonoh sebagaimana yang didakwa.

Malah kedua-dua mereka terkejut menerima perkhabaran Ruhainies ditangkap khalwat.

“Kami dapat tahu pada sebelah siang hari Sabtu.Dan Kami juga terkejut. Kami tidak mahu komen tentang kejadian itu kerana tiada di lokasi.



“Tak mungkin Ruhainies berbuat begitu. Dia seorang yang baik, sopan-santun dan lemah-lembut. Dia bukan jenis begitu seperti yang dikatakan,” ujarnya.

Sementara itu Fyzal menegaskan dia dan Zahar bukan pembantu peribadi Ruhainies yang dikatakan tidak bersama di malam kejadian.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Hanya Kerana Anti Najib, Majlis Peguam Cabar Kuasa Agong




Sebaliknya ada seorang lagi individu yang sepatutnya  menemani Ruhainies ketika itu

“Saya dan Zahar tiada di tempat kejadian. Ada orang lain yang bersama dia malam itu,” jelasnya.

Pada 8 Mac lalu Ruhainies ditahan bersama Aliff oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Jawi) atas dakwaan khalwat.

Kedua-dua mereka kemudian tampil memohon maaf namun menafikan segala dakwaan yang dibuat.



Mereka dijangka bakal didakwa di Mahkamah Syariah dalam masa terdekat.

Sahabat Ruhainies : Kami Nasihatnya Supaya Tidak Baca

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Hanya Kerana Anti Najib, Majlis Peguam Cabar Kuasa Agong

 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading