Sissy Imann Ada Cara Tersendiri?

Jarang Diterpa Gosip Besar

Sissy Imann Ada Cara Tersendiri?

 Sissy Imann Ada Cara Tersendiri?
Sissy Imann

Jarang dterkait dengan gosip-gosip besar, mungkin itu boleh disifatkan terhadap pelayaran kerjaya penyanyi Sissy Imann sepanjang berkecimpung dalam industri hiburan Malaysia.

Bercakap hal tersebut, Sissy akui menjalani kehidupan hariannya seperti biasa dan tidaklah terlalu mengawal untuk berkawan dengan sesiapa. Namun bintang Big Stage musim pertama itu mengatakan, dia dikelilingi oleh insan-insan yang positif.

“Sebenarnya saya lalui hari saya seperti biasa sahaja, ada juga saya lepak bersama kawan-kawan di luar sana. Alhamdulillah mereka yang rapat di sekeliling saya semuanya positif belaka, saya sendiri serasi dan keluarga pun kenal mereka.



“Saya bukanlah terlalu menjaga nak kawan dengan sesiapa, kawan-kawan saya terdiri daripada yang turut berkecimpung dalam industri dan ada juga di luar industri hiburan,” katanya ketika ditemui Murai MY baru-baru ini.

Pun begitu, Sissy yang juga aktif dalam pengacaraan akui pernah mendengar pihak tertentu bercakap kurang baik tentang dirinya, namun dia memilih untuk mengetepikan perkara negatif dan hanya bersangka baik.

“Pernah juga tapi orang itu bukanlah yang rapat dengan saya. Sampai ke teliga saya tapi saya lebih selesa untuk tidak memikirkan hal-hal begitu, mungkin individu tersebut mempunyai maksud lain, tapi yang sampai ke telinga kita jadi lain, eloklah jika kita positif sahaja.

“Di media sosial pun ada, saya terima mesej-mesej yang kadang-kadang mengkritik saya mahupun ayah saya, tapi saya tak ambil pusing pun,” katanya lagi.





RCI Tommy Thomas tidak boleh ditangguhkan

Sissy Imann Ada Cara Tersendiri?

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :





RCI Tommy Thomas tidak boleh ditangguhkan


 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button