Soto Ayam Bersama Bergedil

Soto Ayam Bersama Bergedil

Soto Ayam Bersama Bergedil

Hidangan berasaskan sup memang menjadi pilihan bagi kita yang sekali-sekala ingin bertukar selera daripada nasi. Ditambah pula dengan adanya bahan-bahan yang mengenyangkan seperti mi, bihun, kuetiau atau nasi impit serta rempah-ratus yang membangkitkan selera, menjadikan hidangan sebegini semestinya sangat sesuai untuk dicuba dan disajikan kepada keluarga.

Jadi, jom cuba resipi soto ayam bersama bergedil ini untuk hidangan keluarga hari ini. Dengan menggunakan bahan rempah ratus yang terdapat di rumah anda seperti kayu manis, cengkih, buah pelaga, bunga cengkih dan lain-lain, resipi soto ayam dapat membangkitkan selera keluarga anda.



Nak resipi soto ayam yang lebih enak? Anda boleh gunakan Kiub Pati Ayam Maggi® untuk lebih rasa ayam! Stok ayam memang dapat berikan juadah anda kelazatan savuri asli sebagai bahan perasa sempurna. Stok ayam selalunya dibuat dengan isi ayam yang direbus dalam air sehingga keenakan rasa lemak pati ayam itu larut dan mesra dengan rebusan.

Air pati ayam ini direneh sehingga mencapai kepekatan yang tertentu sebelum dijadikan bahan asas untuk pelbagai lauk, seperti sup, pasta, rendang, dan macam-macam lagi. Tetapi membuat stok ayam sendiri agak rumit dan leceh. Ia juga susah untuk disimpan dan tidak tahan lama. Inilah masanya untuk anda mencuba keajaiban kiub pati ayam MAGGI® sekarang.

Hanya dengan satu kiub sahaja, anda dapat menjadikan sup anda lebih sempurna dengan keenakan rasa ayam yang dapat membuatkan sesiapa sahaja berselera. Letak sahaja satu kiub pati ayam MAGGI® dalam resipi kuah sup anda untuk memberinya rasa yang cukup lazat. Ia juga sesuai untuk lauk tumisan, sambal, sup, dan macam-macam lagi.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


Pastikan anda simpan beberapa kotak Kiub Pati Ayam Maggi® di rumah supaya anda boleh hidang lauk yang sedap pada bila-bila masa sahaja untuk anda dan orang yang tersayang. Gabungkan Kiub Pati Ayam Maggi® dengan potongan ayam yang terdapat di dalam resipi soto ayam untuk rasa yang lebih lazat. Jangan lupa tambahkan juga MAGGI® CukupRasa.

Perasa semua dalam satu yang pasti menaikkan lagi rasa masakan anda! Selain daripada resipi soto ayam bersama bergedil ini anda juga boleh cuba resipi Bihun Sup Utara, Bubur Lambuk atau Sup Ikan menggunakan MAGGI® CukupRasa.

Bahan-bahan

5 sudu besar Minyak Masak
1 batang Kulit Kayu Manis
2 Bunga Lawang
3 Cengkih
3 Buah Pelaga
8 Bawang Kecil
4 ulas Bawang Putih
2 cm Halia
Dan 2 batang Serai
2 sudu besar Serbuk Ketumbar
1 sudu besar Serbuk Jintan Manis
0.5 sudu besar Serbuk Jintan Putih
1.5 sudu kecil Serbuk Lada Putih
2 keping Dada Ayam
Serta 2 L Air
2 kiub Kiub Pati Ayam MAGGI®
0.5 sudu besar MAGGI® CukupRasa™
600 g nasi impit
30 g Suhun
1 tangkai Daun Sup
2 tangkai Cili Merah
2 sudu besar Bawang Goreng
3 cawan Taugeh
6 Limau Kasturi
3 sudu besar Minyak Masak
1 Bawang Merah
2 ulas Bawang Putih
1 sudu kecil Serbuk Ketumbar
0.5 sudu kecil Serbuk Jintan Putih
0.5 sudu kecil Serbuk Jintan Manis

Langkah Penyediaan

1. Panaskan minyak masak, tumiskan kulit kayu manis,
bunga lawang, cengkir dan buah pelaga, tumis sehingga
naik bau.
2. Masukkan bawang kecil, bawang putih, halia dan serai.
Goreng sebentar.
3. Masukkan serbuk ketumbar, serbuk jintan manis, serbuk
jintan putih dan serbuk lada putih. Tumis sehingga pecah
minyak.
4. Masukkan isi ayam, air, MAGGI Kiub Ayam dan MAGGI
CukupRasa. Renehkan sehingga naik minyak. Asingkan
isi ayam dan carikkan.
5. Tumiskan bawang merah, bawang putih, serbuk
ketumbar, serbuk jintan manis dan serbuk jintan putih
sehingga garing.
6. Masukkan isi ayam kisar, goreng sebati. Sejukkan.
7. Lenyekkan kentang yang telah direbus, masukkan
tumisan ayam, MAGGI CukupRasa, bawang goreng dan
daun sup. Gaul rata.
8. Bentukkan kepada saiz individu, celup telur dan
gorengkan sehingga garing.
9. Kisarkan, bawang putih, cili padi dan kicap manis
sehingga sebati. Masukkan perahan jus limau kasturi.
Gaul rata.
10.Untuk menghidang Soto, letakkan nasi impit di dalam
mangkuk, tuangkan sup, tambahkan bahan sampingan,
bergedil dan sambal kicap. Sedia untuk dihidang.



Menara Merdeka 118 Legasi Najib mula bawa pulangan kepada Rakyat.

Soto Ayam Bersama Bergedil


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Menara Merdeka 118 Legasi Najib mula bawa pulangan kepada Rakyat.



 

 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button