Askar Wataniah maut kereta tembung trak tentera



Askar Wataniah maut kereta tembung trak tentera

Askar Wataniah maut kereta tembung trak tentera
Keadaan kemalangan membabitkan sebuah kereta jenis Proton Saga dengan trak tentera di KM49.2 Jalan Muar ke Segamat, semalam. – Foto ihsan polis

TANGKAK: Seorang askar Wataniah maut apabila kereta dipandunya bertembung sebuah trak tentera di Kilometer (KM) 49.2 Jalan Muar ke Segamat, di sini, semalam.

Dalam nahas kira-kira jam 3.30 petang, Nur Faiezah Aminah Shuib, 25, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di leher, kepala dan beberapa bahagian badan.

Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Mohd Fadhil Minhat, berkata hasil siasatan awal mendapati kereta jenis Proton Saga dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar pembahagi jalan dan masuk ke laluan bertentangan lalu bertembung trak tentera terbabit.



“Difahamkan, kemalangan berlaku ketika mangsa dalam perjalanan dari arah Tangkak menuju ke Segamat, manakala trak tentera itu pula dari arah Segamat ke Tangkak.

“Setiba di lokasi kejadian, kereta itu dipercayai hilang kawalan sebelum masuk ke laluan bertentangan lalu bertembung trak tentera berkenaan.

“Susulan perlanggaran itu, kereta dipandu mangsa terperosok ke bahagian bawah hadapan trak terbabit,” katanya ketika dihubungi.

Akibat kemalangan itu, Mohd Fadhil berkata, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan (KKM).



“Mayat mangsa kemudian dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Daerah Tangkak (HDT), di sini, untuk bedah siasat.

“Anggota tentera lelaki berusia 27 tahun yang memandu trak berkenaan pula dilaporkan tidak mengalami kecederaan,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Wanita maut van tembung lori masuk laluan bertentangan

Askar Wataniah maut kereta tembung trak tentera

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :


LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



 

Akar Umbi Mahu Presiden Bertindak Tegas Terhadap Kluster Pengkhianat Dalam Mesyuarat MKT UMNO

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker