Mee Udang ala Sg Dua, dia punya surr!

Mee Udang ala Sg Dua, dia punya surr!

Mee Udang ala Sg Dua, dia punya surr!
Mee Udang ala Sg Dua, dia punya surr!

Resepi kali ni ialah mee udang. Tiba-tiba teringin nak makan Mee Udang Sg Dua, tapi jauh sangat kena lah buat sendiri. Bahan utama dalam kuah ialah udang yang direbus dan kisar halus, termasuk kisar kulit udang untuk airnya. Untuk pekatkan kuah, kena guna 2 jenis ubi iaitu ubi keledek oren dan kentang.

Tambah sedap pula dengan udang laut yang kita rebus sekejap je untuk dimakan bersama mee. Kalau dapat udang fresh, boleh lah cuba masak. Hidang pulak dengan bahan-bahan kondimen yang sedap dan menarik dari segi hidangannya. Tengok pun dah membuka selera. Rasa lemak manis udang tu kena sangat dengan kuah yang pedas, makan pula dengan perahan limau memang terbaik.

Bahan-bahan:

  • Bahan-bahan untuk kuah:
    • 4 ulas bawang putih
    • 1 biji bawang merah besar
    • 3 sb sos cili
    • 3 sb sos tomato
    • 1 sb pes tomyam
    • 3-4 sb cili kisar
    • 2 sb serbuk kacang tanah
    • 1 biji kentang
    • 1-2 biji keledek oren
    • 6 ekor udang saiz S (untuk kisar)
    • Air secukupnya
    • Garam secukup rasa
    • 1-2 sb gula
    • 1 ketul kiub pati ayam
    • 500g udang saiz XL
    • 1 sb udang kering
    • 1-2 pek mee kuning
  • Bahan-bahan hidangan:
    • 1 ikat sawi
    • 1 mangkuk taugeh
    • Daun bawang
    • Cili merah & hijau
    • 4 biji telur rebus
    • 4 ketul tauhu
    • Bawang goreng
    • Limau nipis

Cara Penyediaan:

  1. Penyediaan bahan kuah:
  2. Keledek oreng dan kentang, potong kecil dan rebus anggaran 15 minit. Selepas dah sejuk, kupas kulit dan kisar halus dengan 2 cawan air.
  3. Cincang kasar bawang putih dan bawang merah besar (boleh ganti bawang merah kecil 3-4 biji). Seterusnya, kisar halus dengan sedikit air
  4. Rebus udang (saiz s) dengan 1 cawan air. Lepas dah sejuk asingkan kulit dan isi. Kisar halus kulit udang dengan air rebusan udang dan kemudian tapis ambil air.
  5. Kisar halus isi udang dan udang kering (basuh dan rendam dulu) dengan sedikit air kemudian campur dengan air kulit udang tadi.
  6. Bersihkan udang (saiz xl) dan gunting janggut.
  7. Kacang tanah, goreng dan kisar kasar.
  8. Cara-cara untuk bahan hiasan / condiments:
    1. Potong sawi, daun bawang, cili merah/ hijau dan limau nipis,
    2. Celur tauge dalam air sekejap (air tak perlu panas sgt).
    3. Tambah garam sikit dalam air mendidih, celur sawi dalam 1-2 minit. Angkat dan rendam dalam air sejuk.
    4. Celur mee kuning sampai lembut, angkat dan toskan air.
    5. Tauhu belah 2, gaul sikit dengan garam, goreng sampai perang, angkat dan hiris nipis.
  9. Cara-cara untuk masak kuah:
    1. Panaskan minyak dan tumis bawang kisar.
    2. Bila bawang garing, masukkan cili kisar, sos cili, sos tomato, kacang tanah dan kacau sampai garing.
    3. Masukkan air rebusan udang dan air udang kisar tadi dan reneh dalam 10 minit.
    4. Masukkan pes tomyam, puri kentang dan keledek. Tambah air secukupnya dan reneh lagi 15 minit.
    5. Masukkan gula, garam dan kiub ayam (pilihan) kemudian masak sampai mendidih.
    6. Masukkan udang dan rebus sampai masak kemudian cepat – cepat angkat (takut udang terlebih masak dan keras).
    7. Hidangkan bersama bahan celur tadi, tauhu goreng, hirisan cili, telur rebus, daun bawang, bawang goreng, limau nipis dan udang.

Tip:

  • Untuk celur tauge, air tak perlu mendidih, kalau mendidih celur sekejap saja untuk maintain rangup
  • Tambah garam dalam air celur untuk bagi daun sawi maintain hijau lepas rebus.
  • Kalau terlebih lama celur mee kuning, mee akan kering jadi boleh drizzle sedikit minyak masak untuk elak melekat.

Resepi Pak Choy Tumis Sos Tiram



 

Mee Udang ala Sg Dua, dia punya surr!

DISYORKAN UNTUK ANDA :


LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

 



Akar Umbi Mahu Presiden Bertindak Tegas Terhadap Kluster Pengkhianat Dalam Mesyuarat MKT UMNO

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button