Lipas punya hal doktor gigi melompat panik, pesakit ikut menjerit
Sempat buat ‘scaling’ bahagian bawah saja!
Lipas punya hal doktor gigi melompat panik, pesakit ikut menjerit
Berkongsi detik cemas yang dialami, Dr Nurul Insyirah berkata, dia tidak menyangka momen indah yang ingin dirakam itu berakhir dengan ‘tragedi’ selepas diganggu seekor lipas.
Memulakan cerita kepada mStar, ujar wanita berusia 21 tahun itu, dia rasa sangat gembira sebelum kejadian berlaku kerana pertama kali melakukan rawatan ke atas adiknya yang digelar Irfan.
“Adik saya pertama kali nak suruh periksa gigi dia… itulah yang buat saya rasa gembira dan ingin simpan satu memori.
“Jadi saya pun mula letak telefon untuk rekod proses rawatan ke atas adik. Apabila adik dah baring, saya nak adjust lampu untuk memudahkan rawatan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mengapa UMNO Terlalu Sukar Untuk Di Kuburkan Oleh Musuh Politik?
- Tengku Zafrul Dakwa Ekonomi Malaysia Dalam Keadaan ‘Terbaik’
- Andai masih lengahkan PRU, BN akan jadi serangan habis-habisan pembangkang
- PRU15 ; Ismail Sabri mahu calon pilihannya disenaraikan?
- Akar Umbi Mahu Presiden Bertindak Tegas Terhadap Kluster Pengkhianat Dalam Mesyuarat MKT UMNO
“Tapi tak sangka pula lipas ada dekat atas lampu dan terbang atas kepala saya,” ujarnya yang sememangnya anti lipas.
Menurutnya, disebabkan terkejut dengan serangga tersebut, dia menjerit dan terus bangun dari tempat duduk.
Lagipun ujarnya, ia kejadian pertama berlaku di dalam klinik.
“Sebelum ni tak ada pula kejadian lipas terbang-terbang. Itulah yang buat lagi terperanjat,” luahnya kepada mStar.
Namun baginya, apa yang lebih mengejutkan adalah adik lelakinya turut menjerit.
Walhal, dialah ‘penyelamat’ keluarga ketika berada di rumah.
“Apabila ada kejadian seperti itu di rumah, memang adik saya yang jadi hero.
“Entah kenapa dekat klinik tiba-tiba dia ikut menjerit sekali. Mungkin sebab geli apabila tengok lipas tu besar dan lari laju ke arah dia.
Sebelum ni tak ada pula kejadian lipas terbang-terbang, itulah yang buat lagi terperanjat. – DR NURUL INSYIRAH DOKTOR GIGI
“Ataupun di rumah dia tiada pilihan lain melainkan jadi ‘hero’ sebab saya dan mak memang lari terpekik masuk bilik apabila nampak lipas.
“Jadi dialah yang terpaksa selesaikan tugas kerana kami dua beradik sahaja,” katanya yang berpengalam lebih tiga tahun sebagai doktor gigi.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PM kekalkan semua Menteri Umno dalam Kabinet baru?
- Akar Umbi Mahu Presiden Bertindak Tegas Terhadap Kluster Pengkhianat Dalam Mesyuarat MKT UMNO
- Mengapa UMNO Terlalu Sukar Untuk Di Kuburkan Oleh Musuh Politik?
- Tengku Zafrul Dakwa Ekonomi Malaysia Dalam Keadaan ‘Terbaik’
- Andai masih lengahkan PRU, BN akan jadi serangan habis-habisan pembangkang
Malah Insyirah bersyukur kerana kerana adiknya adalah individu terakhir yang dirawat pada hari tersebut.
Pun begitu, rawatan lanjut tidak diteruskan kerana kedua-dua mereka berasa takut jika ‘diserang’ serangga tersebut sekali lagi.
“Memang tak teruskan rawatan pada adik. Dapat bersihkan gigi bawah dia saja dan yang atas tu hari lain sahaja.
Lagipun Irfan tak mahu sebab takut lipas terbang masuk mulut semasa rawatan dilakukan.
“Lipas tu tak jumpa tapi keesokan harinya nampak dia mati sendiri… mungkin terhidu alkohol ataupun apa-apa bahan kimia yang ada dalam klinik,” ceritanya yang menganggap kejadian tersebut sebagai ‘hari bertuah’ untuk adiknya.
Sehingga kini video yang dikongsikan warga Singapura itu ditonton lebih 2.4 juta pelayar TikTok selain turut tular dalam kalangan rakyat Malaysia.
Rata-rata meluahkan rasa trauma untuk mendapatkan rawatan pergigian kerana bimbang lipas termasuk ke dalam mulut mereka.
“Takut la nak pergi dental kalau ada lipas… nanti mulut buka, lipas terbang masuk.
“Kelakar tapi takut juga… Please get pest control asap! Bahaya lipas dalam klinik,” luah beberapa netizen.
Dalam pada itu, tidak kurang juga yang meninggalkan komen gurauan dengan mengaitkan pesakit yang sedang menunggu giliran untuk mendapatkan rawatan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mungkinkah Anwar Akan Cabar Ismail Sabri Di Bera?
- Akar Umbi UMNO Sudah Tidak Berminat Dengan Pertemuan Top 5, Tetapi Menunggu Keputusan 28 September
- Gelombang Kemarahan Akar Umbi UMNO Sedang Menuju Ke Arah Presiden
- Manifesto PH tipu rakyat , Wan Saiful cuba cuci tangan
- Anwar beruntung dapat rawatan zaman BN
“Patient kat luar be like ‘macam tu sekali sakitnya cabut gigi?’ Dah pikir 1001 alasan macam mana nak cancel treatment.
“Patient kat luar mesti macam ‘menyesal buat appointment hari ini‘.
“Yang tengah que kat luar tu confirm hilang lepas dengar jeritan,” ujar beberapa netizen lagi yang merasa kelakar melihat video berkenaan.
Ismail Sabri Kembali Kepada UMNO, Tiada Lagi Bisikan ‘Syaitan’ Selepas PRU 15
Lipas punya hal doktor gigi melompat panik, pesakit ikut menjerit
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PRU 15 Bulan November: PH & PN Bimbangkan Keselamatan Rakyat Atau Bimbangkan Perkara Lain?
- BN Akan Jadi Parti Dominan, Calon Kluster Mahkamah Mula Menggelabah
- Mesyuarat terakhir MKT Umno sebelum bubar?
- Rafizi jaguh ‘Bongkar” Cop Ayam , takut bongkar skandal rasuah Zeti dan Nazlan.
- Bubar Parlimen – siapa sebenarnya bersilat pulut?
- Apa Hak Majlis Peguam Untuk Memberikan Arahan Kepada YDP Agong!!!
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Ismail Sabri Kembali Kepada UMNO, Tiada Lagi Bisikan ‘Syaitan’ Selepas PRU 15