Wanita merungut di TikTok nasi goreng tak sedap
Tauke kedai tomyam terus buat laporan polis... Siap suruh makan di kedai, RM6 je!
Wanita merungut di TikTok nasi goreng tak sedap
AKIBAT tidak berpuas hati dengan makanan yang dibeli daripada sebuah kedai tomyam, seorang wanita membuat rungutan terbuka di media sosial.
“Kita order Nasi Goreng Pattaya harga RM13 (termasuk caj penghantaran), tengoklah dapat nasi macam mana.
“Macam (untuk) orang yang ada penyakit. Macam ni ke nasi RM9.50 tu?,” luahnya di dalam video tersebut.
Menerusi rakaman tersebut, wanita berkenaan memaklumkan dia membeli nasi goreng Pattaya itu daripada sebuah kedai di Mergong menerusi platform servis penghantaran.
Selain itu dia turut menunjukkan rupa nasi goreng yang sebahagian besarnya sudah dimakan sepintas lalu.
Bagaimanapun video berkenaan sudah dipadam namun ia sempat disimpan sebelum dimuat naik semula oleh pengguna media sosial lain.
Ciapan yang tular.Susulan itu ia mengundang lebih banyak kecaman ramai terhadap peniaga nasi goreng Pattaya berkenaan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mampukah Kabinet Sekarang Tangani Isu Banjir
- PN Di Jangka Akan Menarik Sokongan
- ‘Jasa’ PH Kepada Penjawat Awam Sewaktu Mereka Berkuasa
- METMalaysia Sarankan PRU 15 Selewat Lewatnya Pertengahan November 2022
Sedar dengan kritikan tersebut, pemilik kedai kemudiannya tampil membuat laporan polis.
“Saya dah pun melakukan laporan polis. Saya tak pasti sama ada dia tahu atau tidak.
“Atau sengaja buat tak tahu dia telah pun mengganggu, mengancam dan merosakkan reputasi kedai saya.
“Jika hal ini berterusan saya akan proceed ke next step,” katanya dalam video yang turut dimuat naik di TikTok.
Tukang mengadu pun banyak masa nak buat video TikToK… kalau geram sangat pergi kedai tu balik, minta yang baru.
NETIZEN
Bukan itu sahaja lelaki tersebut turut berkongsi tiga video lain bagi menjawab beberapa pertanyaan netizen berhubung kontroversi tersebut.
“Kalau nak post, post daripada awal masa buka tu. Janganlah makan dah setengah baru nak post,” katanya sambil menunjukkan rupa nasi goreng Pattaya yang dibungkus dengan telur serta dihiasi sos cili.
Selain itu menerusi satu lagi video, pemilik kedai menjawab tentang harga nasi goreng yang perlu dibayar pembeli.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mengapa Pengundi Atas Pagar Terutamanya Bangsa Cina Masih Menolak BN
- Perbalahan Antara Ismail Sabri Dan Muhyiddin Sudah Di Anggap Seperti Cerita Gembala Dan Orang Kampung
- Serangan Muhyiddin Kepada Ismail Sabri Menunjukkan Muhyiddin Sudah Koyak Teruk
“Kak, mai makan dekat kedai… RM6 saja. Yang pi order dekat aplikasi tu buat apa sampai RM13? Padan la dengan harga tu dengan kak yang malas nak keluar,” katanya.
Dalam pada itu rata-rata netizen turut melahirkan pandangan masing-masing berhubung perkara berkenaan.
“Aku tengah tak tahan gelak dekat TikTok ni. Perempuan ni complaint nasi goreng Pattaya kedai ni tak sedap.
“Lepas tu owner kedai bukannya nak perbaiki masakan dia, tapi dia report polis sebab orang cakap nasi goreng Pataya tak sedap.
“Lepas ni makan dekat kedai, masak tak sedap pun telan sajalah tak boleh complaint nanti owner kedai report polis.
“Sebenarnya saya rasa dua-dua pihak over (berlebihan). Bab laporan polis memang lawak. Yang tukang mengadu pun banyak pula masa nak buat video TikTok. Content lebih. Kalau dah geram sangat pergi saja kedai tu balik, mengadu, minta yang baru.
“Tak boleh ke selesaikan dengan cara yang beradab, tegur secara privasi dan bukan dengan viral macam ni. Allahuakbar.
“Owner tu dah terangkan kenapa dia buat report polis, kenapa kebanyakan netizen tak faham? Korang buka kedai sendiri, lepastu orang burukkan kedai korang.
“Baru korang tau rasa dia macam mana. Customer tu boleh je nak komen kat aplikasi tu. Instead dia rekod, siapa tak marah,” demikian antara pandangan netizen.
Wanita merungut di TikTok nasi goreng tak sedap
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ismail Sabri gagal urus ekonomi kerana warisi kerajaan gagal dari Mahathir dan Muhyiddin
- ‘Jasa’ PH Kepada Penjawat Awam Sewaktu Mereka Berkuasa
- Umno jadi pembangkang jika PRU15 dilewatkan
- Anwar salahkan Mahathir PH gagal bertahan
- METMalaysia Sarankan PRU 15 Selewat Lewatnya Pertengahan November 2022
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
PM Ismail Sabri pasti dipertanggungjawab kan jika apa2 terjadi terhadap Najib.