Lima tahun menghilang, akhirnya adik ditemukan tidak bernyawa
Lima tahun menghilang, akhirnya adik ditemukan tidak bernyawa
Dalam kemalangan itu, Nuratika Arsad, 27, yang hamil enam bulan bersama anaknya, Muhammad Daeng Andi Makita Nuh Annas Andri, 3, meninggal dunia di lokasi kejadian.
Menurut Syaharuddin Arsad, 34, dia dan keluarga memang sudah lama mencari adiknya itu termasuk menghebahkannya melalui Facebook pada 2017, namun, tiada maklumat yang diterima.
“Kami 10 beradik, enam orang daripada kami merantau dari Kampung Bubul Lama, Semporna, Sabah ke Semenanjung. Kali terakhir kami berkumpul bersama pada 2016 di kampung. Selepas itu, adik (Nuratika) tidak dapat dihubungi setelah mereka suami isteri menukar nombor telefon.
“Pagi tadi, saya terkejut mendapat khabar ini dan segera menghubungi ibu di Semporna. Ibu juga seolah-olah tidak percaya dan bertanyakan adakah benar adik terbabit dalam kemalangan,” katanya ketika ditemui di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN), di sini hari ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PAS Kini Mempertahankan Parti Yang Mahu Meraktifikasikan ICERD Yang Dahulunya Di Tentang
- Lim Guan Eng sombong, perlekeh PDRM
- Mahathir ajak PH/PN benci 3 juta orang Melayu.
Bagi adik ipar arwah pula, Daieng Rani Bacho, 26, dari Tawau, dia bergegas ke Kuala Pilah dari Penggerang, Johor sebaik sahaja mengetahui abangnya juga terbabit dalam kemalangan itu.
“Tidak sangka kami akan bertemu dalam keadaan begini setelah lama mencari. Abang, Andri Bacho, 30, asyik menangis. Keadaan abang yang dirawat di wad hospital yang sama agak teruk juga.
“Lutut abang pecah manakala tiga anaknya berusia lima hingga lapan tahun pula cedera serta dirawat di wad hospital yang sama. Semua sudah tahu mengenai kejadian ini dan menangis. Ketika kejadian mereka baru sahaja keluar berjalan-jalan dan mahu pulang ke rumah sewa di Seri Menanti,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintenden Amran Mohd. Ghani berkata, kemalangan berkenaan membabitkan kereta jenis Proton Wira yang dinaiki sebuah keluarga dalam perjalanan dari Seremban menghala ke Kuala Pilah.
Menurutnya, sebaik sahaja di tempat kejadian dipercayai kenderaan yang dipandu telah hilang kawalan lalu terbabas ke laluan arah bertentangan dan melanggar sebatang pokok di bahu jalan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PRU 15: Sekali Lagi BN Sabah Akan Di Khianati PPBM/GRS
- YB Beliau Akan Bertanding Di PRU 15 Di Atas Tiket PH Melaka
- Zulpuri ‘lari’ ke Parlimen Lipis
“Akibat daripada kemalangan, dua penumpang kereta mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia ditempat kejadian.
“Pemandu pula mengalami kecederaan patah kaki kiri dan tiga penumpang yang lain mengalami kecederaan ringan, masih menerima rawatan di HTAN. Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya.
Susulan kejadian berkenaan, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Seri Menanti dan Kuala Pilah diketuai Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II, Norhirwan Zainal dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada pukul 1.21 pagi. – UTUSAN
Lima tahun menghilang, akhirnya adik ditemukan tidak bernyawa
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PKR bergelora, konflik pemilihan calon
- Zuraida tidak dapat bertanding di Ampang
- ICERD Dan Statut Rom Akan Di Raktifikasikan Sekiranya PH 2.0 Berjaya Ke Putrajaya
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Musuh UMNO Sibuk bual isu rasuah tapi senyap bab rasuah Zeti.