Pameran Hantu FFM32 Cecah RM40K, Eizlan Yusof ‘Cari’ CEO Finas? [VIDEO]

Pameran Hantu FFM32 Cecah RM40K, Eizlan Yusof ‘Cari’ CEO Finas?

Pameran Hantu FFM32 Cecah RM40K, Eizlan Yusof ‘Cari’ CEO Finas?

Festival Filem Malaysia ke-32 yang diadakan di Encore, Melaka pada 2 Disember 2022 lalu dengan bertemakan ‘Filem Kita, Citra Kita’ merupakan majlis yang dinantikan penggiat seni perfileman tanah air.

Namun terdapat isu yang kurang enak terpalit di mana bekas ahli Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Datuk Seri Eizlan Yusof bersuara tentang kos pameran hantu yang dihasilkan anjuran Persatuan Sutradara Malaysia (FDAM) yang menelan belanja sehingga RM40,000.



Telan Belanja RM40K?

Menjengah ke Instagram pengarah filem ini, Eizlan memuatnaik video di media sosialnya dan menyoal pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia berkaitan hal tersebut.

“Rumah hantu semasa Festival Filem Malaysia yang ke-32. Apa kena mengena dengan rumah hantu ni dan Festival Filem Malaysia ke-32 ni?

Dengar ceritanya RM40,000 dan melibatkan salah seorang daripada ahli perbadanan yang mempunyai kepentingan juga dalam persatuan. Bukan ini conflict of interest ke?

Rasanya pihak pengurusan tertinggi FINAS kena bersuara lah untuk memberikan kesahihan tentang isu ni. Betul atau pun tidak berlaku.



Dah lah ambil RM40,000 katanya. Lepas tu projek tu gagal. Melibatkan ahli perbadanan. Orang kuat dalam persatuan. Wah. Kalau betul benda ini, memang dah melampau dia orang ni!” Ujarnya

Pameran Hantu FFM32 Cecah RM40K, Eizlan Yusof ‘Cari’ CEO Finas?
via Instagram Datuk Seri Eizlan Yusof

 

https://www.instagram.com/p/Clvbzp3gfLD/

Datuk Zulkifli M. Osman Beri penjelasan?

Melihat muatnaik tersebut, pengarah filem terkenal Datuk Zulkifli M. Osman yang juga merupakan timbalan Persatuan Sutradara Malaysia memberi komen bagi menjawab soalan yang dilontarkan Eizlan diruangan komen.



“Pameran Hantu Filem FFM. Karaktor hantu-hantu dari filem divisualkan dan mendapat sambutan hangat termasuk kehadiran menteri sebelum ini.

Diluluskan kerana satu lagi cabang ilmu bagi pengunjung mendapatkan pengetahuan tentang tatarias, lakonan, solekan khas, penata lampu dan rekaan set bagi vidual filem hantu tempatan.” Komennya

Pameran Hantu FFM32 Cecah RM40K, Eizlan Yusof ‘Cari’ CEO Finas?
via Instagram Datuk Seri Eizlan Yusof

Menurut Zulkifli lagi, beliau merupakan individu yang bertanggungjawab membuat kertas kerja bagi pameran rumah hantu tersebut. Malah Zulkifli juga menyangkal dakwaan Eizlan yang mengatakan projek berkenaan gagal kerana sambutan semasa majlis sangat menggalakkan.

“Saya timbalan FDAM yang membuat kertas kerja, bukan presiden FDAM. Ditutup awal sehari kerana memberi laluan kepada raptai FFM menggunakan tapak pameran tersebut bagi kelancaran majlis.



Semak media sosial Encore Melaka dan TikTok saya.. Lihat sambutannya. Bukan kecil-kecil set up bro, jauhkan lah dari tuduhan GAGAL..” Tulisnya

Pameran Hantu FFM32 Cecah RM40K, Eizlan Yusof ‘Cari’ CEO Finas?
via Instagram Datuk Seri Eizlan Yusof

Melihat muatnaik terkini Eizlan, beliau telah membuat laporan polis di balai polis Ampang dan berharap agar pihak berkuasa dapat menyiasat isu tersebut.

Apa pandangan anda tentang isu ini, betul ke melibatkan kepentingan peribadi?

Jangan lupa langgani saluran InstagramFacebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini. 



 

 

Pameran Hantu FFM32 Cecah RM40K, Eizlan Yusof ‘Cari’ CEO Finas?

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Perlu tubuh RCI perbelanjaan RM600 bilion 



 

 

 

 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading