Guru, bekas guru didakwa bergaduh kerana tempat letak kereta

Guru, bekas guru didakwa bergaduh kerana tempat letak kereta

Guru, bekas guru didakwa bergaduh kerana tempat letak kereta
Muhammad Fuad Jahaya (kiri) dan Rosli Baba masing-masing mengaku tidak bersalah bergaduh kerana berebut parkir. – NSTP/Meor Riduwan Meor Ahmad

MELAKA: Seorang guru lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh hari ini, atas dua tuduhan mencederakan isteri jirannya serta bergaduh dengan suami wanita itu berkaitan tempat letak kenderaan pada Disember lalu.

Bagaimanapun tertuduh, Muhammad Fuad Jahaya, 47, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan sejurus dibacakan jurubahasa mahkamah dalam prosiding berasingan di hadapan Majistret, Mazana Sinin.

Berdasarkan pertuduhan, dia didakwa sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Aziah Omar, 54, dengan cara memukul kepala dan lengan dengan tangan di Jalan Bertam Setia 12, Taman Bertam Setia, di sini, kira-kira jam 1 tengah hari pada 9 Disember 2022.



Dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan, jika disabitkan boleh dipenjara sehingga setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya.

Muhammad Fuad turut berdepan pertuduhan berasingan mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan iaitu melakukan gaduh gempar dengan Rosli Baba, 60, (suami Aziah) dengan memukul di antara satu sama lain pada tarikh, masa dan di tempat sama.

Kedua-dua mereka yang tidak diwakili peguam tidak mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu yang membawa hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda sehingga RM1,000 atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


Pegawai Pendakwa Inspektor Muhammad Naim Abd Jalil melakukan pendakwaan manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.



Pendakwaan mencadangkan Muhammad Fuad diikat jamin RM6,000 bagi pertuduhan Seksyen 323 dan RM5,000 setiap seorang bagi pertuduhan Seksyen 160.

Majistret Mazana kemudian menetapkan Muhammad Fuad dilepaskan dengan jaminan RM1,500 bagi kedua-dua pertuduhan, manakala Rosli yang juga pesara guru sebanyak RM500 dengan seorang penjamin masing-masing.

Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 13 Mac depan bagi lantikan peguam dan serahan dokumen.

Maut selepas bergaduh ketika mabuk



 

Guru, bekas guru didakwa bergaduh kerana tempat letak kereta

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Rafizi buktikan beliau Menteri ‘Cap Ayam Duduk’



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button