Sasar tingkat penguasaan di Malaysia

Sasar tingkat penguasaan di Malaysia

Sasar tingkat penguasaan di Malaysia
TESLA mempunyai pelan pembangunan komprehensif untuk pusat pengalaman, perkhidmatan dan sokongan serta infrastruktur stesen mengecas bertujuan untuk menyampaikan pengalaman pemilikan yang lancar.

Kuala Lumpur: Tesla akan melaksanakan pelan pembangunan komprehensif seiring dengan sasarannya untuk meningkatkan penguasaan dalam pasaran kenderaan elektrik (EV) di Malaysia.

Pengarah Serantau Tesla, Isabel Fan berkata, komitmen berkenaan diberikan oleh pengeluar EV terkemuka dunia itu susulan pelancaran rasmi model pertama di negara ini, kenderaan utiliti sukan (SUV) Model Y elektrik sepenuhnya selepas mengumumkan pembukaan ibu pejabat di Cyberjaya minggu lalu.

“Tesla mempunyai pelan pembangunan komprehensif untuk pusat pengalaman, perkhidmatan dan sokongan serta infrastruktur stesen mengecas, bertujuan untuk menyampaikan pengalaman pemilikan yang lancar,” katanya selepas melancarkan Tesla Model Y di sini, semalam.



Beliau turut menzahirkan komitmen untuk membawa masuk lebih banyak model baharu Tesla ke Malaysia.

Tesla ketika ini mereka bentuk, mengeluarkan, menggunakan, memiliki dan mengendalikan rangkaian pengecasan pantas terbesar di dunia.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Dr Khairuddin Dedahkan Penipuan Hadi Awang Terhadap PAS




Fan berkata, stesen Supercharger tertutup pertama Tesla diletakkan di Pavilion KL membabitkan lapan Supercharger yang akan dibuka tidak lama lagi.

Beliau berkata, Tesla bercadang untuk membuka beberapa lagi stesen Supercharger di lokasi strategik meliputi destinasi popular di seluruh negara.

Katanya, dengan adanya Supercharger, Model Y beroperasi pada kecekapan puncak 250 kW boleh mengecas sehingga 120 kilometer dalam tempoh hanya lima minit.

“Ia juga membolehkan pengalaman pemanduan yang lebih lancar dari Singapura ke Malaysia dan membawa sehingga ke Thailand, kerana stesen Supercharger juga akan dibuka di Johor dan Pulau Pinang.



“Tesla ingin mengukuhkan komitmen untuk membolehkan perjalanan merentas sempadan yang mudah dan cekap di rantau ini,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Sanusi Belum Terima Atau Tak Jawab Penggilan SPRM?


Fan berkata, selaras dengan matlamat Malaysia untuk mempromosikan mobiliti rendah karbon dan menyokong industri EV, pelanggan Tesla boleh menikmati pengecualian duti import dan eksais penuh untuk pelepasan sifar.



Selain itu, katanya pelanggan boleh mendapat manfaat daripada 100 peratus pengecualian cukai jalan dan pelepasan cukai pendapatan individu sehingga RM2,500 ke atas perbelanjaan berkaitan kemudahan pengecasan EV untuk tahun taksiran 2023.

“Syarikat yang menyewa EV bukan komersial boleh menuntut potongan cukai ke atas jumlah sewa sehingga RM300,000 dari tahun taksiran 2023 hingga 2025,” katanya.

Tesla semalam melancarkan secara rasmi Model Y yang ditawarkan pada harga bermula daripada RM199,000 (RWD), RM246,000 bagi Model Y varian jarak jauh dan RM288,000 bagi Model Y prestasi tinggi.

Sasar tingkat penguasaan di Malaysia


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Dr Khairuddin Dedahkan Penipuan Hadi Awang Terhadap PAS




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading