Tak labur simpanan pendeposit dalam pelaburan berisiko tinggi adalah langkah terbaik TH – Pakar

Tak labur simpanan pendeposit dalam pelaburan berisiko tinggi adalah langkah terbaik TH – Pakar

Tak labur simpanan pendeposit dalam pelaburan berisiko tinggi adalah langkah terbaik TH - Pakar
GAMBAR hiasan. FOTO Arkib NSTP

Kuala Lumpur: Langkah Lembaga Tabung Haji (TH) tidak melaburkan simpanan pendeposit dalam pelaburan berisiko tinggi, dilihat tepat untuk memastikan institusi itu terus berupaya memberikan pulangan positif kepada penyimpan.

Penganalisis Ekonomi Universiti Kuala Lumpur (UniKL) Business School Prof Dr Aimi Zulhazmi Abdul Rashid berkata, tindakan itu seiring dengan strategi TH yang berhati-hati dalam mengekalkan daya tahan pelaburan berlandaskan pendekatan Alokasi Aset Strategik bagi menghadapi persekitaran yang tidak menentu.

“Dalam pelaburan, setiap penyimpan perlu memahami konsep pulangan tinggi mestilah mempunyai risiko yang tinggi, begitu juga sebaliknya. Sangat sukar dicari pulangan yang tinggi berdasarkan risiko yang rendah.



“Pelaburan yang dibuat adalah berlandaskan prinsip syariah, iaitu TH mampu memberi pulangan yang berpatutan setelah pembayaran zakat sebanyak 2.5 peratus dilunaskan bagi pihak pendeposit. Pelaburan wang pendeposit adalah selari dengan prinsip pelaburan yang halal dan berhemat,” katanya ketika dihubungi Bernama, baru-baru ini.

Pada 9 Februari lepas, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, pengumuman dan agihan keuntungan TH bagi tahun kewangan 2023 dijangka dibuat pada April iaitu selepas audit penuh selesai dijalankan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Wan Saiful Terlepas Tindakan Dari Dewan Rakyat Tapi Berhadapan Hukuman Denda & Penjara Bawah Akta SPRM




Sebelum ini, TH mengumumkan agihan keuntungan bagi tahun kewangan 2022 adalah pada kadar 3.10 peratus, setelah mengambil kira zakat 2.57 peratus, membabitkan jumlah agihan sebanyak RM2.65 bilion kepada lebih 8.7 juta pendeposit.

Aimi Zulhazmi berkata, bagaimanapun, pendeposit perlu memahami bahawa TH juga bertanggungjawab membiayai kos mengerjakan haji yang terus meningkat setiap tahun dan pada masa sama masih lagi perlu mengagihkan dividen.

“Justeru, penyimpan perlu menerima hakikat bahawa tanggungjawab ini mengekang keupayaan TH dalam memberikan agihan keuntungan yang lebih memberangsangkan. Bantuan Kewangan Haji secara bersasar juga meningkat saban tahun akibat kenaikan kos dan ini semua di luar kawalan TH,” katanya.

Beliau berkata, TH membiayai sebanyak RM265 juta bantuan bayaran haji pada 2023, dan bantuan itu dijangka meningkat tahun ini kepada RM350 juta berdasarkan kos kenaikan bagi setiap jemaah haji.



Seiring perkembangan semasa, TH juga perlu menghadapi faktor luar kawalan seperti krisis geopolitik yang berlarutan di Eropah Timur dan Asia Barat, penurunan nilai mata wang ringgit dan aliran pasaran kewangan dunia yang berteraskan Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed), katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

PAS dan BERSATU cetus revolusi untuk cabar Institusi Istana?


“Pengumuman Bank Negara Malaysia bahawa Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi suku keempat 2023 adalah sebanyak 3.0 peratus dan 3.7 peratus untuk keseluruhan 2023.



“Ia dalam jangkaan iaitu prestasi semasa ekonomi tidak dapat mencapai sasaran awal kerajaan di antara 4.0 peratus hingga 4.5 peratus untuk 2023, yang selari dengan ekonomi global yang lesu,” katanya.

Faktor-faktor itu banyak mempengaruhi prestasi pelaburan portfolio Tabung Haji bagi 2023, jelas beliau.

Tak labur simpanan pendeposit dalam pelaburan berisiko tinggi adalah langkah terbaik TH – Pakar

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Siapa Yang Bayar Yuran Guaman Isham Jalil, Tanya Jer…


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading