Laksa Johor Dan Sambal Belacan

Che Nom nak share cara masak laksa Johor kali ni. Ramai juga yang minta sebenarnya. Che Nom cuba sedaya upaya untuk share resepinya dan harap bermanfaat untuk sesiapa yang baru nak belajar. Kuah laksa Che Nom guna ikan parang & tambah sikit ikan Selayang. Ada bahan-bahan lain untuk tambah sedap macam udang, ikan kurau masin dan juga kerisik.

Resepi mana yang authentic, agak susah nak pilih satu sebab ada sedikit berbezaan. Mungkin ikut resepi turun temurun masing-masing lah kan? Contoh, ada yang letak udang, ada yang tidak, ada yang tak letak kantan tapi ada yang letak. Jadi sesiapa yang nak share cara keluarga di sini, dipersilakan.

Bahan-bahan:

  • Bahan-bahan kuah:
    • 5kg ikan parang
    • 500g ikan selayang
    • 2-3 liter air
    • 2 cawan minyak masak
    • 6 sb serbuk kari
    • 500ml air rebusan kulit udang
    • 3-4 keping asam gelugor
    • 2-3 sb kerisik
    • 500ml santan kotak
    • 1 kuntum kantan
    • 1 ikat daun kesum
    • Garam secukup rasa
    • Perasa/MSG, jika suka
    • 1 bunga kantan/Kesum/Daun selasih
  • Bahan-bahan kisar halus:
    • 6-7 biji bawang merah kecil
    • 8 ulas bawang putih
    • 2 inci halia
    • 2 inci lengkuas
    • 3 sb udang kering
    • 30g ikan masin kurau
    • 2 batang serai
    • 25 biji cili kering
    • 10-12 isi udang segar (saiz S)
  • Bahan-bahan sambal belacan:
    • 4-5 biji cili merah besar
    • 6-8 tangkai cili padi merah
    • 2 inci belacan bakar
    • 3 sb jus limau kasturi
    • Garam secukup rasa
    • Gula, jika suka
  • Bahan-bahan untuk dihidang:
    • Bawang merah besar
    • Kacang panjang
    • Timun
    • Daun kesum
    • Daun selasih
    • Bunga kantan
    • Taugeh
    • Limau kasturi
    • Lobak masin

Cara Penyediaan:

  1. Cara-cara untuk kuah laksa:
    1. Sediakan bahan-bahan kisar halus.
    2. Rendam ikan manis kurau dan udang kering dalam air panas sehingga agak lembut. Rendam berasingan.
    3. Kisar halus semua bahan kecuali cili kering dan isi udang segar,
    4. Kisar halus cili kering berasingan.
    5. Rebus kulit udang dengan air selama 5 minit, lalu kisar dan tapis air rebusan kult udang.
    6. Rebus ikan parang dan ikan Selayang dengan air dan asam gelugor sehingga ikan masak lembut.
    7. Buang tulang ikan dan asingkan isi ikan.
    8. Kisar halus isi ikan Selayang dengan air rebusan ikan dan diikuti dengan isi ikan parang.
    9. Kisar halus tulang ikan dengan air, lalu tapis air kisar tulang ikan.
    10. Panaskan minyak lalu tumis bahan kisar halus, bancuhan serbuk kari, cili kisar, isi ikan Selayang, isi udang, isi ikan parang, air rebusan kulit udang dan air tulang ikan.
    11. Sesudah mendidih, masukkan asam gelugor, kerisik, garam secukup rasa.
    12. Rebus kuah selama 30 minit.
    13. Tambah santan kotak dan sambung reneh kuah dengan api yang perlahan dalam anggaran 30 minit atau sejam lagi.
    14. Tambah daun kesum, bunga kantan dan daun selesih.
  2. Cara-cara untuk dihidang:
    1. Sediakan ulam-ulaman iaitu bahan-bahan hiasan atau sampingan seperti bawang merah besar, kacang panjang, timun dan sebagainya.
    2. Rebus spaghetti.
    3. Kemudian, hidangkan kuah laksa dengan spaghetti bersama ulam-ulaman, lobak masin dan sambal belacan.
  3. Cara-cara untuk sambal belacan:
    1. Kisar kasar cili merah merah, cili padi merah, belacan bakar dan sedikit air panas.
    2. Tambah garam dan gula secukup rasa.

Tip:

  • Cara potong timun adalah buang kulit timun, potong lebih kurang 2 inci dan potong nipis membulat sehingga ke biji timun seperti potongan membuang kulit. Gulung timun dan potong hiris membulat.
  • Selepas toskan air spaghetti, gaul spaghetti dengan sedikit minyak bagi mengelakkan melekat.

https://my-tv.online/2020/09/26/nasi-lemak-dan-sambal-tumis-azie-kitchen-yang-sedap/



Laksa Johor Dan Sambal Belacan

DISYORKAN UNTUK ANDA :


LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

 

Akar Umbi Mahu Presiden Bertindak Tegas Terhadap Kluster Pengkhianat Dalam Mesyuarat MKT UMNO



 

 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button