Generasi kedua Felda Bukit Goh hairan ‘dikejar’ LHDN

Generasi kedua Felda Bukit Goh hairan ‘dikejar’ LHDN

Generasi kedua Felda Bukit Goh hairan ‘dikejar’ LHDN

KUANTAN: Seorang peneroka generasi kedua Felda Bukit Goh di sini hairan apabila ‘dikejar’ oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang memintanya membayar cukai pendapatan hasil perlombongan bauksit berjumlah hampir RM500,000.

Bercakap kepada Mingguan Malaysia, generasi kedua Felda Bukit Goh yang hanya ingin dikenali sebagai Lie berkata, surat tersebut dihantar ke rumah arwah emaknya di tanah rancangan Felda di sini.



“Saya terkejut apabila melihat surat tersebut atas nama saya dan meminta membayar cukai pendapatan berjumlah hampir RM500,000.

“Sedangkan tanah ladang di Felda Bukit Goh ini masih nama arwah emak saya. Ia belum lagi ditukar sehingga kini, jadi pelik surat diberikan itu atas nama saya,” katanya di sini semalam.

Pada 23 Julai 2020, Utusan Malaysia melaporkan kehidupan kira-kira 194 peneroka Felda Bukit Goh hanya mewah seketika apabila berdepan tindakan LHDN kerana gagal menjelaskan cukai pendapatan hasil perlombongan bauksit pada 2014 dan isu itu sehingga kini belum diselesaikan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


Semasa awal perlombongan bahan mineral itu, tiada siapa menyangka mereka menerima ‘durian runtuh’ yang jumlahnya puluhan ribu ringgit sehingga mencecah RM1 juta.



Ketika mendedahkan perkara itu sebelum ini, Pengerusi Pertubuhan Gagasan Dua Generasi, Jefri Salim berkata, peneroka terlibat perlu membayar cukai pendapatan antara RM150,000 hingga RM500,000 sedangkan mereka tidak tahu perlu membayar cukai pendapatan kerana tidak dijelaskan tentangnya ketika mula-mula menandatangani perjanjian dengan pengusaha bauksit.

Mengulas lanjut, Lie berkata, dia juga hairan surat oleh LHDN itu hanya atas namanya dan tidak diterima oleh lima adik beradiknya yang lain.

“Jika ikutkan jumlah cukai hampir RM500,000 itu, mana mampu untuk saya bayar. Gaji pun kecil dan cukup makan sahaja,” katanya.

Gobind bidas Peja, sekarang atau dah lama, aduan atlet perlu tindakan



Generasi kedua Felda Bukit Goh hairan ‘dikejar’ LHDN

 

DISYORKAN UNTUK ANDA :


LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Ismail Sabri Kembali Kepada UMNO, Tiada Lagi Bisikan ‘Syaitan’ Selepas PRU 15



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button