Siakap Stim Lemon

"<yoastmark

Siakap Stim Lemon

Menu ni mudah, sihat dan sesuai lah bagi penggemar ikan atau sesiapa yang tengah diet tu. Dulu Che Nom dah pernah share resepi siakap steam limau, kaedah nya berbeza dengan kali ni sebab yg ni semuanya kita kukus sekaligus. Jus lemon tu buat bagi rasa hidangan ni lebih fresh, wangi dan tak muak bila dimakan.

Bahan-bahan:

 



  • Bahan-bahan untuk siakap stim lemon:
    • 4 ulas bawang putih
    • 2 inci halia
    • 1/2 biji bawang besar
    • 4-5 biji cili padi
    • 1 biji tomato
    • Daun ketumbar
    • 1 biji lemon (tambah lebih jika suka)
    • 1 ekor ikan siakap
    • Sedikit garam
    • 2-3 sudu besar sos ikan
    • 3 sudu kecil tepung jagung
    • Sedikit air
    • 1/2 kiub ayam
    • 1 1/2 cawan air

 

Cara Penyediaan:

 

  1. Cara-cara untuk siakap stim lemon:
    1. Cincang kasar bawang putih, bawang besar, dan cili padi manakala cincang halus halia secara memanjang. Kemudian, potong tomato.
    2. Hiris halus sebiji lemon untuk dijadikan hiasan dan sebiji lemon lagi diperah jusnya untuk dijadikan kuah ikan siakap stim.
    3. Bersihkan ikan dan kelar kedua belah bahagian ikan siakap tersebut.
    4. Didalam bekas kukus, gaul ikan dengan sedikit garam dan masukkan 2-3 sudu sos ikan serta serai kedalam ikan.
    5. Taburkan kesemua bahan cincang kasar dan halus serta tomato dan batang ketumbar.
    6. Bancuh 3 sudu kecil tepung jagung. Masukkan kiub ayam kedalam bancuhan tepung dan gaul sedikit. Kemudian, tuang kedalam bekas kukus. (bancuhan tepung jagung adalah pilihan ya. Nak letak boleh, tak nak letak pun tidak mengapa).
    7. Masukkan air, perahan jus lemon dan tambah sedikit lagi sos ikan.
    8. Kukus ikan dalam anggaran 15-20 minit.
    9. Buka tudung pengukus dan hias dengan hirisan lemon. Selepas itu, sambung kukus lagi 5 minit.
    10. Setelah siap dikukus, taburkan hirisan daum ketumbar dan cili merah untuk kelihatan lebih menarik. Kemudian, ikan siakap stim lemon sedia untuk dihidang.

 

Tip:

 



  • Jika anda tidak suka tergigit halia semasa makan, tidak perlu cincang halus dan boleh dicincang secara kepingan agar senang boleh diasingkan.
  • Daun ketumbar boleh digantikan sama ada dengan daun sup ataupun daun bawang.
  • Jika sebiji perahan jus lemon cukup masam, anda boleh menambahnya lagi mengikut cita rasa anda.

 

Siakap 3 Rasa Ala Thai

Siakap Stim Lemon

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



PM Ismail Sabri pasti dipertanggungjawab kan jika apa2 terjadi terhadap Najib.

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button