Berlakon kerana minat

Berlakon kerana minat

Berlakon kerana minat
SILFENY berlakon bukan semata-mata untuk mencari wang tetapi juga kerana minat.

KARAKTER lasak dan melakonkan sendiri babak aksinya sebagai Detektif Fasha dalam drama bersiri Pemburu Rahsia di TV3 nyata menyerlahkan sisi berbeza buat pelakon, Datin Silfeny Osman.

Silfeny, 31, berkata sejak mula terbabit dalam dunia seni dia mengakui dirinya sentiasa mahu mencuba sesuatu yang lain daripada kebiasaannya jika diberi peluang dan berkesempatan melakukannya.

“Diikutkan saya dah lima tahun terbabit dalam industri bermula dengan pertandingan Gadis Panca 2017. Dah banyak juga drama saya berlakon tapi kebanyakan watak antagonis.



“Antara yang saya rasa jadi sebutan adalah watak Mia dalam Kerana Aku Isteri Bidaan dan sebagai Hawa dalam Takdir Yang Ditakdirkan.

“Namun bila Pemburu Rahsia ini ditayangkan, Detektif Fasha jadi sebutan sebab karakter luar dari karakter biasa yang saya pernah lakonkan,” katanya membuka cerita.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

­­­PAS sedar Mahathir dibenci , tidak popular , lalu nafikan Mahathir calon Kemaman.




Silfeny atau nama sebenarnya Silfeny Mohd Osman, menjelaskan perasaannya teruja kerana dia sememangnya mahu mencabar diri dengan watak lain yang pernah dilakonkannya.

“Dalam drama ini saya ada buat sedikit babak aksi. Jadi sesuatu yang baru buat saya serta penonton drama ini. Alhamdulillah… dengan penerimaan mereka.

“Sepanjang 15 episod tayangan, saya rasa ramai orang pun suka dengan karakter Detektif Fasha dan saya dapat banyak kata-kata semangat nak tengok saya buat aksi dan keluar dari watak antagonis,” katanya.

Berlakon kerana minat
TIDAK jemu menuntut ilmu untuk memantapkan lakonannya.

Drama Pemburu Rahsia yang disiarkan sebanyak 15 episod di slot Samarinda TV3 itu turut membariskan Haliza Misbun, Adam Lee, Intan Najuwa dan ramai lagi pelakon berjaya memikat penonton.



Menurut Silfeny, Datuk A Aida adalah penerbit pertama yang membuka pintu buatnya terbabit dalam kerjaya lakonan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Sanusi Akan Di Heret Ke Mahkamah Pada 18 Januari 2024


“Tiga tahun saya di bawah naungan A Aida Production dan macam-macam saya belajar berkenaan dunia lakonan. Dulu dia banyak hantar saya ke kelas lakonan.



“Malah saya pun ada inisiatif sendiri untuk pergi kelas lakonan antaranya dengan Ibu (Datuk) Fauziah Nawi, Rusdi Ramli dan Cikgu Fatimah Abu Bakar.

“Saya rasa belajar ini tak kan habis dan bila ada peluang insya-Allah saya nak belajar dan masuk kelas lagi. Dari situ banyak orang baru saya kenal dan pengalaman yang saya dapat,” katanya.

Bukan hanya dari segi lakonan, bahkan dia juga belajar pelbagai ilmu lain menerusi pergaulan dan pengalaman.

Berlakon kerana minat
WATAK sebagai detektif Fasha membuka mata peminat terhadap kemampuannya membawa watak aksi.

“Saya yakin setiap orang yang kita jumpa akan ajar kita sesuatu yang kita tak tahu pun. Kalau benda itu bagus, boleh kita adaptasikan dalam hidup kita. Yang tak bagus pula kita tolak tepi.



“Bagi saya, lakonan ini bukan semata-mata untuk cari duit tapi dah jadi minat. Tapi benda ini berbalik pada rezeki juga. Kalau masih ada peluang dan ruang untuk saya, tentunya saya akan cuba sebaik mungkin.

“Apapun saya bersyukur dan berterima kasih kepada semua yang banyak sokong dan bantu saya dalam industri ini. Alhamdulillah… saya sentiasa dapat kata-kata positif dari ramai orang,” katanya.

Dek kerana penangan Detektif Fasha, Silfeny mengakui Instagram dan TikToknya menjadi perhatian peminat.

“Sebenarnya saya rasa ramai orang perasan saya berlakon, cuma tak kenal nama. Jadi setiap kali jumpa, mereka akan panggil saya dengan nama watak drama,” katanya yang sebelum ini adalah pramugari MAS dan model.



Berlakon kerana minat


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Saksi 1MDB ‘minta nyawa’, nama Najib akan dibersihkan?

 

 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading