Kes rogol: Robinho diarah jalani hukuman penjara di Brazil

Kes rogol: Robinho diarah jalani hukuman penjara di Brazil

Kes rogol: Robinho diarah jalani hukuman penjara di Brazil
ROBINHO. FOTO fail AFP

Brasília: Mahkamah Brazil memutuskan bekas penyerang Manchester City dan Real Madrid, Robinho, yang dihukum hukuman penjara sembilan tahun kerana kes rogol, dua tahun lalu, perlu menjalani hukuman itu di negara asalnya.

Mahkamah memutuskan sedemikian dengan sembilan undi berbanding dua, ketika menyokong permintaan Mahkamah Itali supaya Robinho dipenjarakan di negara asalnya.

Robinho sebelum ini didapati bersalah mengambil bahagian dalam rogol beramai-ramai seorang wanita Albania yang menyambut ulang tahunnya yang ke-23 di sebuah kelab malam di Milan pada 2013.



Mahkamah juga memutuskan hukuman itu perlu dimulakan dengan segera.

Peguam Robinho, Jose Alckmin, memberitahu pemberita dia akan berusaha untuk memastikan anak guamnya keluar dari penjara semasa mereka membuat rayuan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Naib Presiden UMNO gesa isu stoking diselesaikan segera





Robson de Souza, lebih dikenali sebagai Robinho tidak hadir pada prosiding pada Rabu itu.

Bekas pemain antarabangsa Brazil itu, kini berusia 40 tahun, disabitkan mahkamah Itali pada 2017 atas jenayah itu yang dilakukan empat tahun sebelumnya, ketika dia bermain untuk AC Milan.

Dia kalah dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan Milan pada 2020 sebelum hukuman itu dikekalkan mahkamah tertinggi Itali pada 2022.

Selepas itu pendakwa raya Itali mengeluarkan waran tangkap antarabangsa untuknya.



Bagaimanapun, Brazil tidak mengekstradisi warganya dan Itali menuntut Robinho menjalani hukuman di negara asalnya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Tiada Lagi Pesta Pingat Kebesaran Di Era Pemerintahan YDP Agong Ke 17


Pemain bola sepak itu menegaskan dia tidak bersalah dan memberitahu stesen televisyen Brazil, TV Record bahawa hubungan seks itu adalah konsensual.



“Saya tidak pernah menafikannya (pertemuan itu). Saya boleh menafikannya kerana DNA saya tidak ada, tetapi saya bukan pembohong,” katanya yang menuduh sistem keadilan Itali sebagai perkauman.

Berdasarkan kes itu, Robinho dan rakan tuduhannya membuatkan wanita muda itu minum arak sehingga menyebabkan mangsa tidak sedarkan diri, sebelum melakukan hubungan seksual beberapa kali berturut-turut dengannya.

Kes Robinho dan bekas pemain pertahanan Barcelona dan Paris Saint-Germain, Dani Alves mencetuskan kritikan terhadap kegagalan pihak berkuasa bola sepak di Brazil mengutuk keganasan terhadap wanita.

Pada Februari, bekas pemain pertahanan antarabangsa Brazil, Alves, 40, dijatuhi hukuman penjara empat setengah tahun kerana merogol seorang wanita di kelab malam di Barcelona.



Kes rogol: Robinho diarah jalani hukuman penjara di Brazil

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Selepas Berpuloh Tahun Rupanya Pendidik PASTI Hanya Bertaraf Sukarelawan



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button