Spaghetti Carbonara Lemak Berkrim dan Sedap
Spaghetti Carbonara Lemak Berkrim dan Sedap
Spaghetti Carbonara yang menggunakan sos carbonara mushroom dari Prego dan diubahsuai mengikut selera orang kita. Ianya mudah dan cepat disediakan. Bahan-bahannya pun mudah didapati. Menu ini sangat sesuai dihidangkan untuk kanak-kanak, atau di majlis keramaian seperti party hari jadi untuk kepelbagaian hidangan kerana rasanya yg berlemak dan tidak pedas.
Jenis pasta yang Che Nom gunakan ialah spaghetti, tetapi anda boleh gantikan dengan pasta jenis fettucine, penne ataupun macaroni.
Bahan-bahan:
- Bahan-bahan untuk spaghetti:
- Air secukupnya
- 1 paket spaghetti, 500g
- Sedikit garam
- Minyak zaitun
- Bahan-bahan untuk kuah carbonara:
- Sedikit minyak zaitun
- ½ biji bawang Holland, potong dadu kecil
- 2 ulas bawang putih, cincang halus
- 4 batang sosej, hiris nipis
- capsicum merah dan hijau, hiris nipis
- 1 mangkuk udang, buang kulit
- serbuk black pepper
- cendawan, hiris nipis
- sos carbonara Prego
- susu full cream
- 1 keping keju cheddar
- Italian herbs kering
- Daun parsley fresh, hiasan
Cara Penyediaan:
- Cara-cara untuk masak spaghetti:
- Masukkan air ke dalam periuk dan didihkan.
- Masukkan spaghetti kering, dan garam. Lebihkan garam biar air rasa sedikit masin. Rebus sehingga spaghetti lembut.
- Tapis spaghetti dan tuang sedikit minyak zaitun dan kacau sebati supaya spaghetti tidak melekat.
- Cara-cara untuk masak kuah carbonara:
- Panaskan sedikit minyak zaitun.
- Tumis bawang holland sehingga layu dan kemudian masukkan bawang putih.
- Setelah kekuningan, masukkan sosej, capsicum dan serbuk black pepper. Kacau sekejap.
- Masukkan udang dan serbuk black pepper.
- Masukkan cendawan butang.
- Masukkan sos carbonara segera dan tambah sedikit susu full cream. Masak sehingga mendidih.
- Tambah 1 keping keju cheddar. Masukkan sedikit serbuk italian herbs kering.
- Tabur dengan daun parseli yang dicincang halus dan sedikit garam.Sedia untuk dihidang.
Tip:
- Jangan masukkan minyak zaitun semasa rebus spaghetti kerana ianya akan membazir bila kita tapis air nanti. Cukup sekadar tuang sedikit minyak semasa spaghetti lembut dan sudah ditapis.
- Boleh ganti dengan seafoos lain seperti sotong
Resepi – Spagetti Carbonara mudah dan sedap
Spaghetti Carbonara Lemak Berkrim dan Sedap
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mengapa UMNO Terlalu Sukar Untuk Di Kuburkan Oleh Musuh Politik?
- Tengku Zafrul Dakwa Ekonomi Malaysia Dalam Keadaan ‘Terbaik’
- Andai masih lengahkan PRU, BN akan jadi serangan habis-habisan pembangkang
- PRU15 ; Ismail Sabri mahu calon pilihannya disenaraikan?
- Mesyuarat terakhir MKT Umno sebelum bubar?
- Rafizi jaguh ‘Bongkar” Cop Ayam , takut bongkar skandal rasuah Zeti dan Nazlan.
- Bubar Parlimen – siapa sebenarnya bersilat pulut?
- Apa Hak Majlis Peguam Untuk Memberikan Arahan Kepada YDP Agong!!!
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Akar Umbi Mahu Presiden Bertindak Tegas Terhadap Kluster Pengkhianat Dalam Mesyuarat MKT UMNO