Makaroni Bakar Cheese Leleh



Makaroni Bakar Cheese Leleh

Makaroni Bakar Cheese Leleh
Makaroni Bakar Cheese Leleh

 

Kali ni Che Nom nak share resepi macaroni bakar cheese leleh yang sesuai sangat untuk buat jualan, sama ada yang dah masak atau pun dijual dalam bentuk frozen food. Resepi ni tak sama macam resepi mac and cheese yang ber sos putih tutapi seakan-akan sama dengan resepi lasagna sebenarnya. Che Nom buat ikut citarasa sendiri, sebab apa? Sebab kita yang buat dia kan.

Kalau lasagna kita lapis berselang seli dan kalau macaroni versi bakar ni senang aja. Mula-mula perlu sediakan gravy atau sos ala Bolognese dengan daging atau ayam mengikut selera, kemudian gaul aja semua gravy tu bersama macaroni rebus, dan atas sekali baru lah dituang dengan sos putih ataupun bechamel sauce sebelum ditabur dengan serbuk cheese parmesan, parutan mozzarella, serbuk herba parseli dan juga sedikit hiasan capsicum.

Rasa pun memang sangat premium. Kalau mak-mak yang busy elok simpan sebagai frozen. Bila nak makan keluarkan untuk defrost dan bakar aja. Kalau makan panas-panas ni memang terbaik.

Bahan-bahan:

  • Bahan-bahan untuk kuah bolognese:
    • 3-4 sudu besar minyak zaitun
    • biji bawang holland
    • 3 ulas bawang putih
    • 250g daging kisar
    • 1 keping daging burger (pilihan)
    • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
    • -1 batang lobak merah
    • 1 biji tomato
    • 1 biji capsicum
    • cawan puri tomato
    • 1 tin sos pasta tomato
    • Sedikit air rebusan pasta
    • sudu kecil herba itali
    • ketul kiub ayam (pilihan)
    • 1-2 sudu kecil serbuk kasar cili
    • 5-7 cendawan
    • Garam secukup rasa
    • cawan susu penuh krim
  • Bahan-bahan untuk sos putih:
    • 3 sudu besar mentega
    • 2 sudu besar tepung gandum
    • 2 cawan susu penuh krim
    • 1 sudu besar serbuk keju parmesan
    • 2 keping keju cheddar
    • sudu kecil serbuk lada hitam
  • Bahan-bahan untuk makaroni rebus:
    • 3 cawan makaroni kering
    • 2 sudu kecil garam
    • 2 liter air
    • Sedikit minyak zaitun (untuk salutan)
  • Bahan-bahan untuk lain:
    • Parutan keju mozarella
    • Hirisan capsicum
    • Serbuk parseli kering

Cara Penyediaan:

  1. Cara-cara untuk makaroni rebus:
    1. Rebus makaroni dengan air dan garam sehingga lembut.
    2. Tapis dan gaul dengan minyak zaitun (supaya makaroni tak melekat).
  2. Cara-cara untuk sos putih
    1. Cairkan butter dan masuk tepung gandum.
    2. Kacau sebati dan masuk susu full cream.
    3. Masuk serbuk keju parmesan, keju cheddar, serbuk lada hitam dan garam (jika perlu)
    4. Tambah susu jika terlalu pekat kemudian tutup api.
  3. Cara-cara untuk kuah bolognese:
    1. Potong dadu bawang holland, lobak merah, capsicum dan tomato.
    2. Hiris sederhana nipis cendawan dan capsicum (untuk hiasan).
    3. Cincang halus bawang putih dan daging burger.
    4. Panaskan minyak kemudian tumis bawang holland dan bawang putih (masukkan bila bawang holland layu atau lambat sikit sebab bawang putih cepat hangit).
    5. Masuk daging cincang, daging burger dan serbuk black pepper.
    6. Bila air daging hampir kering, masukkan carrot, tomato dan capsicum kemudian kacau dan tutup 5 minit.
    7. Masukkan puri tomato, sos pasta tomato dan air rebusan pasta.
    8. Masukkan Italian herbs, kiub ayam (pilihan), chili flakes dan cendawan.
    9. Masukkan susu full cream dan terus tutup api.
    10. Masukkan makaroni rebus dan gaul sekata.
    11. Sendukkan makaroni dalam 6 bekas (tray aluminium 3 inci x 7 inci).
    12. Tabur serbuk keju parmesan, tuang sos putih, tabur parutan keju mozzarella, serbuk keju parmesan, serbuk parseli kering dan hirisan capsicum
    13. Boleh tutup kemas untuk simpan frozen
    14. Kalau nak makan boleh bakar dalam over 200 C anggaran 15 minit atau sehingga permukaan perang.

Tip:

  • Untuk lebih manis boleh guna cherry tomato dalam 8-10 biji.
  • Untuk yang vegetarian boleh lebihkan cendawan, campur pelbagai jenis cendawan atau tambah sayur zucchini/courgette.
  • Jangan buang air rebusan pasta, tambah dalam kuah bolognese untuk adjust kepekatan kuah.

Resepi bebola kentang cheese

Makaroni Bakar Cheese Leleh

DISYORKAN UNTUK ANDA :


LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

 

Akar Umbi Mahu Presiden Bertindak Tegas Terhadap Kluster Pengkhianat Dalam Mesyuarat MKT UMNO

 



Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker