Satu rumah busuk kerana seorang penyewa pengotor

Kencing dalam botol, tahi merata... bilik dah macam tong sampah! 



 Satu rumah busuk kerana seorang penyewa pengotor

Fred berkongsi keadaan bilik bekas rakan serumah, termasuk notis yang ditampal di bilik air.

BAU busuk macam tapak pelupusan sampah menggemparkan sebuah rumah sewa! Rupa-rupanya bau itu datang dari bilik salah seorang penyewa.

Bukan setakat biliknya saja berbau busuk, malah bilik mandi yang dikongsi bersama penghuni lain juga dicemari dengan air kencingnya dan akhirnya berbau hancing.

Kisah penyewa yang menjijikkan itu diceritakan oleh seorang pemuda yang menyewa di rumah yang sama, di sebuah apartment di Puchong, Selangor.

Menurut Mohd Firdaus Ismail, dia telah menyewa di salah sebuah bilik di unit apartment itu sejak dua tahun lalu, dan tinggal bersama seorang lagi penyewa lain.



Lebih mesra disapa Fred, katanya, bilik ketiga rumah itu masih kosong sebelum disewakan kepada seorang lelaki, kira-kira tiga minggu lalu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

 


“Masa dia mula masuk, saya tak ada di rumah kerana outstation. Hal sewa diuruskan oleh seorang lagi rakan yang menyewa bilik utama (master bedroom) yang ada bilik air sendiri.

“Tapi saya yang mula perasan sikap dia yang pengotor sebab kami berkongsi bilik air. Pagi-pagi saya masuk je bilik air berbau hancing, singki ada air kuning, sah dia kencing kat singki,” katanya yang berusia 30 tahun kepada mStar.

Satu rumah busuk kerana seorang penyewa pengotor
Selain sampah bertaburan, turut ditemui botol mengandungi air kencing.

Menurut Fred, tiada masalah tandas tersumbat sehingga memaksa penyewa baharu berusia awal 30-an itu terpaksa membuang air kecil di singki.



“Bilik air tak ada tersumbat. Bukan sekali dia kencing di singki, tapi beberapa kali. Saya geram sebab air kuning tu masih ada dan saya kena basuh sebab dia tiada di rumah.

Kalau kita menyewa tempat orang, kongsi fasiliti kena bertimbang rasa. FRED

 

“Sampaikan saya kena letak notis amaran supaya jangan kencing di singki, barulah dia tak kencing. Selepas hal kencing, ada pula kes berak ‘bersepah’.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


“Saya nampak serpihan tahi di lantai bilik air selain lubang tandas tidak dibersihkan sepenuhnya. Saya tak tahu apa masalah dia, kalau terberak sekali pun, kenalah bertanggungjawab bersihkan,” ujarnya dengan nada kesal.

 

 Satu rumah busuk kerana seorang penyewa pengotor
Botol minuman susu yang dibuka oleh penyewa baharu tanpa keizinan.

Selain najis, pemuda yang berasal dari Kuantan, Pahang itu turut menjelaskan bahawa dia menemui abu rokok di lantai bilik air beberapa kali.



“Tak kisahlah dia perokok atau tidak, tapi jagalah kebersihan. Selepas tu, rumah sewa kami berbau busuk dan datangnya dari bilik dia.

“Terkejut tengok bilik tidur dia macam tong sampah dengan sisa makanan yang dah basi dibiarkan dan puntung rokok bersepah. Ada beberapa botol minuman diisi dengan air kencing. Semua tempat dia nak kencing,” tambahnya.

 

 Satu rumah busuk kerana seorang penyewa pengotor
Mesej yang dihantar selepas tidak mengendahkan amaran dan nasihat.

Bukan sekadar pengotor, Fred yang merupakan jurutera turut mendedahkan penyewa baharu itu sering mengambil makanan dan minuman yang dibeli mereka tanpa kebenaran.

“Saya beli susu, satu botol yang belum buka sudah dibukanya dan minum. Mi cawan segera housemate saya beli pun selamba diambilnya,” ujarnya lagi.



 Satu rumah busuk kerana seorang penyewa pengotor
Keadaan bilik bekas penyewa selepas dibersihkan.

Fred bagaimanapun memberitahu, penyewa pengotor itu telah pun diarahkan keluar dari rumah pada minggu ini selepas beberapa amaran dan nasihat tidak diendahkan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


“Kami tak tahan dengan sikap pengotor dia. Kami dapat tahu dia baru berhenti kerja dan sekarang menganggur. Tapi janganlah jadi pengotor.

“Kalau kita menyewa tempat orang, kongsi fasiliti kena bertimbang rasa. Kalau barang tu bukan kita punya seperti makanan dan minuman, kena minta izin… hidup menyewa ni kena bertanggungjawab dan jangan pentingkan diri sendiri,” katanya.

Video mengenai penyewa baharu pengotor yang dikongsikan oleh Fred di aplikasi TikTok meraih sejuta tontonan.

PM Ismail Sabri pasti dipertanggungjawab kan jika apa2 terjadi terhadap Najib.

 Satu rumah busuk kerana seorang penyewa pengotor


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

PM Ismail Sabri pasti dipertanggungjawab kan jika apa2 terjadi terhadap Najib.

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker